Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780187
Title: | Pembuatan terendak sebagai simbolisme kesinambungan kehidupan (survival): satu kajian kes di kalangan wanita Melanau di Igan, Sarawak |
Authors: | Noor Carmelita Mohamed Noor Nor Hafizah Selamat |
Conference Name: | International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH |
Keywords: | Terendak Kelestarian hidup Kraf tradisional |
Conference Date: | 2009-12-02 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor |
Abstract: | Terendak adalah sejenis topi yang berbentuk kon dan menjadi simbol kepada etnik Melanau di Sarawak dan digunakan untuk melindungi seseorang daripada bahang cahaya matahari dan hujan semasa bekerja terutamanya pekerjaan yang berkait rapat dengan pertanian seperti menebang pokok sagu, menanam padi, mengumpul hasil produk hutan, ketika menangkap ikan di laut atau kegiatan luar rumah seperti menjemur kain serta menjemur ikan kering. Namun, pada masa kini, fungsi terendak telah dipelbagaikan di mana ia menjadi salah satu produk pelanbongan yang popular. Menariknya, di Igan, Sarawak, skil kemahiran membuat terendak yang dimiliki oleh wanita Melanau telah menjadi simbol kesinambungan kehidupan mereka yang kebanyakkannya hidup dalam kemiskinan. Selain menggunakan skil yang ada untuk menghasilkan topi terendak untuk dijual kepada pelancong, terendak juga digunakan sebagai alat 'pertukaran' untuk bahan makanan asas seperti beras dan sagu. mendapatkan bahan makanan Kertas kerja ini membincangkan mengenai kehidupan ekonomi masyarakat Meelanau di Igan Sarawak. Berdasarkan kepada kajian antropologi, kertas kajian ini akan mengupas tentang cara bagaimana terendak telah menjadi item penting dalam kehidupan ekonomi wanita Melanau di Igan bagi memastikan kesinambungan hidup mereka dan bagaimana terendak telah menjadi simbol 'survival' mereka untuk mengelakkan keluarga daripada terperangkap dalam lubuk kemiskinan. |
Pages: | 87 |
Call Number: | H53.M4I555 2009 n.1 sem |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780187 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.