Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780184
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorNanthakumar Loganathan-
dc.date.accessioned2025-08-06T09:01:16Z-
dc.date.available2025-08-06T09:01:16Z-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780184-
dc.description.abstractGlobalisasi merupakan ungkapan yang kerap diperkatakan oleh negara-negara maju yang menerajui perdagangan antarabangsa semenjak sekian lama. Malahan, negara-negara sedang membangun seperti Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mengharungi kesan fenomena globalisasi semenjak tahun 1990an lagi. Dasar perdagangan tanpa sempadan yang diterajui oleh negara-negara maju telah membuka ruang negara-negara dunia ketiga meluaskan empayar dagangan mereka dan ini secara tidak langsung membantu meningkatkan keupayaan dagangan mereka di persada antarabangsa, serta memperbaiki ekonomi domestik dari fenomena inflasi dan pengangguran. Bertitik-tolak dari fenomena berkenaan, kajian ini dirangka khusus bagi menilai kesan imbangan dagangan dan keterbukaan ekonomi terhadap insiden pengangguran di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan empirik untuk membuktikan hubungan di antara ketiga-tiga elemen berkenaan dalam mencorakkan trend ekonomi Malaysia. Hasil keputusan kajian membuktikan bahawa kesan imbangan dagangan mempunyai hubungan langsung dalam mencorakkan pola pengangguran di Malaysia. Manakala, kesan keterbukaan ekonomi pula tidak memberikan kesan nyata dalam mempengaruhi corak pengangguran di Malaysia. Justeru, tidak dapat disangkal sama sekali bahawa, dasar kerajaan dalam memperbaiki imbangan dagangan ada kewajarannya tersendiri, kerana ia berupaya mengurangkan kadar pengangguran dan mampu menjamin kestabilan ekonomi Malaysia dari kelembapan ekonomi dunia yang kian dirasai.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.subjectEkonomi globalen_US
dc.subjectPengangguranen_US
dc.subjectKestabilan ekonomien_US
dc.titleImbangan dagangan, keterbukaan ekonomi dan insiden pengangguran Malaysiaen_US
dc.typeSeminar Papersen_US
dc.format.pages85en_US
dc.identifier.callnoH53.M4I555 2009 n.1 semen_US
dc.contributor.conferencenameInternational Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH-
dc.coverage.conferencelocationUniversiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor-
dc.date.conferencedate2009-12-02-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.