Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780182
Title: Sumbangan filem dalam menerokai kebudayaan masyarakat "Jawi Peranakan" di Pulau Pinang: satu analisa
Authors: Muthualagan Thangavelu
Azizul Rahman Mahfudz
Conference Name: International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH
Keywords: Kajian filem
Teknik perfileman
Identiti budaya
Conference Date: 2009-12-02
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Abstract: Kajian-kajian terhadap bidang perfileman sudah lama diberi perhatian oleh sarjana terdahulu mahupun sekarang. Kajian yang telah diterokai lebih menjurus terhadap konsep naratif cerita, nilai estetika ataupun sebagai sumber untuk memaparkan budaya atau corak hidup masyarakat sasaran. Kajian-kajian seperti ini boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori. Diantaranya ialah konsep naratif cerita, yang tertumpu kepada mesej serta corak penceritaan yang ingin disampaikan kepada audien. Kemudian, kajian nilai estetika bermaksud nilai 'seni' filem tersebut, dan seterusnya kajian teknikal perfileman seperti penataan cahaya, penyuntingan dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, pembentangan penulisan ini berfokus kepada kajian naratif serta sumbangannya dalam memperkasakan kebudayaan yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia, terutamanya masyarakat Peranakan' atau 'Jawi Pekan' di bahagian Utara Semenanjung Malaysia melalui cara pertuturan, serta tingkah laku. Melalui filem, penyampaian mesej-mesej kebudayaan bukan sahaja dapat dipaparkan melalui pertuturan atau 'verbal' (bahasa yang digunakan), malah juga melalui tindakan (action) yang tidak menggunakan bahasa (lebih merujuk kepada isyarat-isyarat yang menunjukkan makna-makna tertentu (non-verbal). Oleh yang demikian, ada kalanya melalui perkataan gagal menggambarkan identiti seseorang individu tersebut, sebaliknya dengan bantuan perlakuan atau non-verbal ini, maksud yang tersirat jelas difahami dan dapat diintepretasikan oleh penonton. Justeru, dua buah filem genre cinta dan komedi bertajuk 'Nana Tanjung' dan 'Nana Tanjung 2' telah dipilih untuk dianalisa naratifnya supaya melihat bagaimana mesej-mesej verbal dan non-verbal ini diintepretasi dan diterjemahkan sebagai pemahaman umum dalam menonjolkan kebudayaan masyarakat tersebut. Hasil pembentangan ini akan menunjukkan bahawa bidang filem ini mampu memberi sumbangan dan impak yang lebih efisyen dalam menyebarkan mesej- mesej yang berlatarkan kebudayaan sesuatu masyarakat. Malah penyebaran kebudayaan ini secara tidak langsung dapat dipelajari dan mungkin dipraktikkan sebagai satu 'harta' yang tidak ternilai oleh generasi akan datang.
Pages: 84
Call Number: H53.M4I555 2009 n.1 sem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780182
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.