Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780166
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorMohd Fuad Mat Jali-
dc.contributor.authorJunaidi Awang Besar-
dc.date.accessioned2025-08-06T02:17:54Z-
dc.date.available2025-08-06T02:17:54Z-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780166-
dc.description.abstractKakitangan awam merupakan golongan yang berkhidmat dalam kerajaan atau jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Golongan ini berperanan dalam menjalankan atau melaksanakan segala dasar-dasar yang telah digubal oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau juga penggubalan dasar-dasar bersama. Berbanding dengan institusi swasta, institusi kerajaan mempunyai disiplin kerja, latar belakang perjawatan, gaya hidup dan hirarki yang jelas dan tersendiri. Ciri-ciri yang terdapat pada kakitangan awam menyebabkan wujudnya kerja dalam kerajaan yang lebih terikat dengan beberapa peraturan yang akhirnya mencorakkan pandangan serta pemahaman mereka terhadap perkembangan politik negara. Kajian pendapat umum di kalangan kakitangan awam di negeri Selangor dijalankan bertujuan menganalisis pendapat awam di kalangan kakitangan awam kerajaan negeri Selangor melalui persepsi mereka terhadap tingkah laku dan minat serta penglibatan dan keyakinan mereka terhadap pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Kajian ini telah dijalankan di pejabat-pejabat kerajaan persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan di sekitar negeri Selangor. Seramai 720 responden telah dipilih daripada ketiga-tiga pejabat kerajaan. Mereka mempunyai perspektif tersendiri mengenai politik semasa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 58.8 peratus menyatakan mereka memperoleh sumber maklumat politik daripada akhbar harian perdana seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times dan sebagainya. Terdapat 25.6 peratus menyertai parti politik sebagai ahli. 56.9 peratus menyatakan mereka suka memilih muka baru dalam kepemimpinan negeri dan negara dan 52.9 peratus berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum 2008 yang lalu. Namun, 65.6 peratus responden menyatakan mereka tidak gembira dengan pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Sebaliknya, mereka yakin dengan kepimpinan kerajaan negeri namun demikian mereka tidak yakin dengan dasar yang diamalkan oleh kerajaan negeri Selangor yang sedia ada. Justeru, kertas penyelidikan ini akan menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan politik kakitangan awam di Selangor.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.subjectPersepsi politiken_US
dc.subjectKakitangan awamen_US
dc.subjectTingkah laku pengundien_US
dc.titlePungutan pendapat umum di kalangan kakitangan awam Negeri Selangor Darul Ehsan 2008en_US
dc.typeSeminar Papersen_US
dc.format.pages74-75en_US
dc.identifier.callnoH53.M4I555 2009 n.1 semen_US
dc.contributor.conferencenameInternational Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH-
dc.coverage.conferencelocationUniversiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor-
dc.date.conferencedate2009-12-02-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.