Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780014
Title: | Kesan umur ke atas metabolisme poliamina otak dan modulasinya oleh fraksi kaya tokotrienol (TRF) |
Authors: | Hamizah Shahirah Hamezah (P64482) |
Supervisor: | Wan Zurinah Wan Ngah, Prof. Dato' Dr. Mohd Hanafi Ahmad Damanhuri, Dr. |
Keywords: | Biokimia Research Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 27-Nov-2014 |
Abstract: | Poliamina berperanan penting dalam mengawal atur reseptor neurotransmiter dan memodulasi proses pembelajaran dan daya ingatan. Vitamin E, khususnya tokotrienol telah dilaporkan boleh memberi kesan neuroprotektif melalui modulasi tapak jalan apoptosis, dan mengelakkan kemerosotan neuron akibat penuaan. Justeru, kajian ini dilakukan untuk menentukan kesan penuaan ke atas metabolisme poliamina dan modulasinya oleh fraksi kaya tokotrienol (TRF). Sampel bahagian otak dari tikus Wistar berusia 3 dan 21 bulan yang telah disuplementasi dengan TRF telah digunakan. Agmatina (Agm) dan putresina (Put) dalam otak dianalisa dengan menggunakan kromatografi cecair spektrometri jisim berganda (LC/MS/MS). Manakala spermidina (Spd) dan spermina (Spm), serta asid amino L-arginina (Arg), L-ornitina (Orn), L sitrulina (Cit), glutamin (Gln), glutamat (Glu), dan asid γ-aminobutirik (GABA) ditentukan menggunakan kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC). Korelasi antara perubahan kepekatan asid amino dan poliamina dengan tingkah laku dilakukan dengan menggunakan analisis korelasi dan regresi linear. Keputusan menunjukkan Agm menurun (p<0.05) dengan usia pada korteks peririnal (PRC), entorinal (EC), temporal (TE) dan prefrontal (PFC), serebelum (CE), hipokampus dorsal (dHP) dan ventral (vHP), sementara Put meningkat (p<0.05) di semua bahagian otak kecuali TE, striatum (ST), pangkal otak (BS), dHP dan vHP. Spd meningkat (p<0.05) di semua bahagian otak kecuali EC, ST, PFC, dHP dan vHP. Spm meningkat (p<0.05) pada korteks postrinal (POR), PRC, EC dan BS. TRF menurunkan (p<0.05) kandungan Agm pada POR, PRC, TE, dan PFC tikus muda, tetapi meningkatkan (p<0.05) aras Agm pada dHP tikus tua. Put menurun (p<0.05) pada PFC tikus tua yang disuplementasi dengan TRF. Spm meningkat (p<0.05) dengan suplementasi TRF pada PRC dan vHP tikus muda. Gln meningkat (p<0.05) dengan usia pada POR, EC dan ST. Peningkatan (p<0.05) aras Cit dengan usia turut ditunjukkan pada POR dan ST, manakala GABA menurun (p<0.05) pada CE. Nisbah Glu/GABA meningkat (p<0.05) dengan usia pada EC, BS, dan CE. Nisbah Cit/Arg juga meningkat (p<0.05) pada POR, EC dan ST. Nisbah Orn/Arg tidak berubah dengan usia dan suplementasi TRF. TRF menurunkan (p<0.05) aras Orn pada CE tikus tua. Gln pula menurun (p<0.05) pada EC tikus tua, tetapi meningkat (p<0.05) pada EC tikus muda yang disuplementasi. TRF juga menurunkan nisbah Glu/GABA (p<0.05) pada EC tikus tua. Nisbah Cit/Arg pada EC menurun (p<0.05), tetapi meningkat (p<0.05) pada CE tikus tua disuplementasi. Perubahan kepekatan poliamina dan asid amino kesan umur dan suplementasi TRF ini didapati berkorelasi dengan tingkah laku tikus. Kajian ini merumuskan bahawa umur boleh mengubah aras poliamina dan asid amino secara spesifik pada bahagian-bahagian otak yang berbeza. Perubahan ini boleh dimodulasi oleh TRF dan berkemungkinan mampu untuk memberi kesan neuroprotektif terhadap tikus tua. |
Notes: | e-tesis, tesis ini tidak disertakan surat perakuan |
Pages: | 47 |
Call Number: | QU20.H216k 2014 9HUKMPRA tesis |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780014 |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kesan umur ke atas metabolisme poliamina otak dan modulasinya oleh fraksi kaya tokotrienol (TRF).pdf Restricted Access | Partial | 916.5 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.