Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780014
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Zurinah Wan Ngah, Prof. Dato' Dr.en_US
dc.contributor.advisorMohd Hanafi Ahmad Damanhuri, Dr.en_US
dc.contributor.authorHamizah Shahirah Hamezah (P64482)en_US
dc.date.accessioned2025-07-21T07:18:53Z-
dc.date.available2025-07-21T07:18:53Z-
dc.date.issued2014-11-27-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780014-
dc.description.abstractPoliamina berperanan penting dalam mengawal atur reseptor neurotransmiter dan memodulasi proses pembelajaran dan daya ingatan. Vitamin E, khususnya tokotrienol telah dilaporkan boleh memberi kesan neuroprotektif melalui modulasi tapak jalan apoptosis, dan mengelakkan kemerosotan neuron akibat penuaan. Justeru, kajian ini dilakukan untuk menentukan kesan penuaan ke atas metabolisme poliamina dan modulasinya oleh fraksi kaya tokotrienol (TRF). Sampel bahagian otak dari tikus Wistar berusia 3 dan 21 bulan yang telah disuplementasi dengan TRF telah digunakan. Agmatina (Agm) dan putresina (Put) dalam otak dianalisa dengan menggunakan kromatografi cecair spektrometri jisim berganda (LC/MS/MS). Manakala spermidina (Spd) dan spermina (Spm), serta asid amino L-arginina (Arg), L-ornitina (Orn), L sitrulina (Cit), glutamin (Gln), glutamat (Glu), dan asid γ-aminobutirik (GABA) ditentukan menggunakan kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC). Korelasi antara perubahan kepekatan asid amino dan poliamina dengan tingkah laku dilakukan dengan menggunakan analisis korelasi dan regresi linear. Keputusan menunjukkan Agm menurun (p<0.05) dengan usia pada korteks peririnal (PRC), entorinal (EC), temporal (TE) dan prefrontal (PFC), serebelum (CE), hipokampus dorsal (dHP) dan ventral (vHP), sementara Put meningkat (p<0.05) di semua bahagian otak kecuali TE, striatum (ST), pangkal otak (BS), dHP dan vHP. Spd meningkat (p<0.05) di semua bahagian otak kecuali EC, ST, PFC, dHP dan vHP. Spm meningkat (p<0.05) pada korteks postrinal (POR), PRC, EC dan BS. TRF menurunkan (p<0.05) kandungan Agm pada POR, PRC, TE, dan PFC tikus muda, tetapi meningkatkan (p<0.05) aras Agm pada dHP tikus tua. Put menurun (p<0.05) pada PFC tikus tua yang disuplementasi dengan TRF. Spm meningkat (p<0.05) dengan suplementasi TRF pada PRC dan vHP tikus muda. Gln meningkat (p<0.05) dengan usia pada POR, EC dan ST. Peningkatan (p<0.05) aras Cit dengan usia turut ditunjukkan pada POR dan ST, manakala GABA menurun (p<0.05) pada CE. Nisbah Glu/GABA meningkat (p<0.05) dengan usia pada EC, BS, dan CE. Nisbah Cit/Arg juga meningkat (p<0.05) pada POR, EC dan ST. Nisbah Orn/Arg tidak berubah dengan usia dan suplementasi TRF. TRF menurunkan (p<0.05) aras Orn pada CE tikus tua. Gln pula menurun (p<0.05) pada EC tikus tua, tetapi meningkat (p<0.05) pada EC tikus muda yang disuplementasi. TRF juga menurunkan nisbah Glu/GABA (p<0.05) pada EC tikus tua. Nisbah Cit/Arg pada EC menurun (p<0.05), tetapi meningkat (p<0.05) pada CE tikus tua disuplementasi. Perubahan kepekatan poliamina dan asid amino kesan umur dan suplementasi TRF ini didapati berkorelasi dengan tingkah laku tikus. Kajian ini merumuskan bahawa umur boleh mengubah aras poliamina dan asid amino secara spesifik pada bahagian-bahagian otak yang berbeza. Perubahan ini boleh dimodulasi oleh TRF dan berkemungkinan mampu untuk memberi kesan neuroprotektif terhadap tikus tua.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectBiokimiaen_US
dc.subjectResearchen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKesan umur ke atas metabolisme poliamina otak dan modulasinya oleh fraksi kaya tokotrienol (TRF)en_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesis, tesis ini tidak disertakan surat perakuanen_US
dc.format.pages47en_US
dc.identifier.callnoQU20.H216k 2014 9HUKMPRA tesisen_US
dc.identifier.barcode00002190745en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatan (Biokimia)en_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan umur ke atas metabolisme poliamina otak dan modulasinya oleh fraksi kaya tokotrienol (TRF).pdf
  Restricted Access
Partial916.5 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.