Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779361
Title: Pembangunan pekerja pengetahuan di kawasan Technopole Cyberjaya dan Bangalore Software City
Authors: Jalaluddin Abdul Malek
Abdul Hair Awang
Mohd Yusof Hussain
Conference Name: International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH
Keywords: Pemindahan ilmu pengetahuan
Teknologi dan inovasi
Pembangunan teknologi maklumat
Conference Date: 2009-12-02
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Abstract: Dalam era globalisasi pembangunan kawasan technopole adalah bertujuan untuk mendapat manfaat peluang pekerjaan, pemindahan teknologi dan ilmu pengetahuan kepada kepakaran tempatan di negara bangsa. Agak ganjil pembangunan kawasan technopole dirancang tanpa memberi faedah kepada penduduk di sesebuah negara khususnya untuk pemindahan teknologi dan ilmu pengetahuan. Pembangunan Bangalore Sofware City (BSC) seperti projek Bangluru International Tech Park (BITP) bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan, pemindahan pengetahuan dan pemindahan teknologi kepada kepakaran tempatan (K-workers). Namun begitu pada realitinya adakah BITP benar-benar memberi faedah terhadap pemindahan ilmu pengetahuan dan teknologi kepada pekerja tempatan ? Atau hanya membuka peluang pekerjaan kepada penduduk India yang terkenal mempunyai K-workers yang bermutu tinggi? Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Dasarathi pada tahun 2004 bertajuk Bangalore: Silicon Valley or Coolie Valley ?, beliau telah mengupas isu ini berdasarkan pengalaman di BSC. Artikelnya telah memperlihatkan bahawa kepakaran tempatan dilayan seperti kuli semasa bekerja di firma antarabangsa (MNCs). Pemindahan pengetahuan dan teknologi tidak berlaku di kalangan kepakaran tempatan. Mereka hanya ditugaskan menghasilkan produk semata-mata. Persoalannya adakah fenomena `Silicon Valley or Coolie Valley' ini benar-benar terjadi di BITP? Ataupun turut berlaku di Koridor Raya Multimedia (MSC) khususnya di Cyberjaya? Oleh itu perbincangan ini juga membuat perbandingan dengan pengalaman di Malaysia khususnya kesan pemindahan teknologi dan ilmu pengetahuan kepada kepakaran tempatan di Cyberjaya.
Pages: 65
Call Number: H53.M4I555 2009 n.1 sem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779361
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.