Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779339
Title: | Penerbitan dalam bidang sains sosial di Malaysia: satu analisa trend menggunakan Scopus |
Authors: | Hafsah Mohd Mazni Mohd. Yusof |
Conference Name: | International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH |
Keywords: | Penerbitan ilmiah Kajian bibliometrik Jurnal terindeks Sains sosial |
Conference Date: | 2009-12-02 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor |
Abstract: | Penerbitan berkaitan bidang sains sosial di dalam jurnal terindeks telah banyak diperkatakan. Antara yang sering diperkatakan ialah perbezaan di antara penerbitan artikel dalam bidang sains dan sains sosial, faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah penerbitan, jumlah petikan dan pilihan jurnal yang terbatas. Kertas in bertujuan untuk menghuraikan pernyataan di atas berdasarkan data yang diperolehi dan dikategori mengikut tahun, bilangan petikan, judul jurnal dan sebagainya dari pangkalan data Scopus. Pangkalan data Scopus merupakan pangkalan data indeks dan abstrak yang menyediakan fungsi analisa petikan. Pangkalan data ini digunakan kerana liputan jurnalnya yang luas. Dengan menggunakan pangkalan data Scopus juga kertas ini cuba untuk menganalisa trend penerbitan Sains Sosial di Malaysia berdasarkan jumlah penerbitan dan jumlah petikan mengikut tahun. Data ini dapat mengambarkan trend penerbitan artikel jurnal dalam bidang sains sosial di Malaysia disamping menyenaraikan judul-judul jurnal yang banyak menerbitkan artikel-artikel penyelidik dalam bidang sains sosial di Malaysia. Dari data ini diharapkan penyelidik dapat memahami trend yang berlaku dan selanjutnya dapat memanfaatkan data tersebut untuk meningkatkan lagi penerbitan artikel dalam bidang Sains Sosial di Malaysia. |
Pages: | 58 |
Call Number: | H53.M4I555 2009 n.1 sem |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779339 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.