Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779325
Title: | Kisah hidup ibu tunggal dan anak tanpa nikah: kajian kes di Kuala Lumpur |
Authors: | Fatimah Abdullah Salamatussaadah Abd. Ghafur |
Conference Name: | International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH |
Keywords: | Sokongan sosial Stigma sosial Kesejahteraan wanita Nilai masyarakat |
Conference Date: | 2009-12-02 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor |
Abstract: | Menjadi ibu tunggal bukanlah satu fenomena baru. Ini kerana ramai wanita yang telah menjadi ibu tunggal akibat perceraian, perpisahan atau kematian suami. Akan tetapi menjadi ibu tunggal dan membesarkan anak yang lahir hasil daripada hubungan seks tanpa nikah adalah satu cabaran yang besar. Cabaran itu mungkin lebih berat terutamanya dalam persekitaran hidup di bandar. Dalam persekitaran bandar apabila hubungan kekeluargaan dan jiran tetangga agak longgar, individu tidak boleh mengharapkan pertolongan yang segera dan percuma semasa mereka ditimpa kemalangan atau masalah. Keinginan untuk mengejar kemewahan serta keselesaan hidupan di samping melaksanakan tanggung-jawab terhadap keluarga telah menyebabkan ramai wanita yang terjebak dengan pelbagai perlakuan yang melanggar norma dan nilai masyarakat. Kertas kerja ini adalah didasarkan kepada kajian kes terhadap wanita yang menjadi ibu tunggal kepada anak-anak yang dilahirkan tanpa perkahwinan yang sah. Beberapa isu yang cuba diketengahkan ialah apakah huraian sosiologikal yang boleh dibuat mengenai fenomena tersebut? Kenapa wanita sanggup melanggar norma dan nilai yang didukung oleh masyarakat? Apakah program yang boleh dilakukan bagi mengatasi atau membendung insiden tersebut daripada berulang atau bertambah? |
Pages: | 54-55 |
Call Number: | H53.M4I555 2009 n.1 sem |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779325 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.