Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779080
Title: Kajian empirikal tentang perhubungan di antara kepuasan kerja, sikap terhadap wang dan keinginan untuk berhenti kerja
Authors: Azman Ismail
Cindy John
Muhammad Madi Abdullah
Conference Name: International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH
Keywords: Kepuasan bekerja
Conference Date: 2009-12-02
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Abstract: Literatur gelagat organisasi mengketengahkan bahawa kepuasan kerja mempunyai dua elemen utama: kepuasan kerja intrinsik dan kepuasan kerja ekstrinsik. Kajian tentang kepuasan kerja yang dilaksana berdasarkan model kesan langsung menegaskan bahawa kepuasan kerja yang tinggi tidak akan mendorong pekerja untuk berhenti kerja. Lebih penting lagi, kajian dalam bidang ini yang dilaksana berpandukan model kesan tak langsung mendedahkan bahawa pengaruh kepuasan kerja ke atas keinginan untuk berhenti kerja adalah tidak konsisten apabila sikap terhadap wang hadir dalam organisasi. Sungguhpun sifat perhubungan ini telah banyak diselidiki, tetapi peranan sikap terhadap wang sebagai pembolehubah penyederhana adalah kurang diberi penekanan dalam literatur kepuasan kerja. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengukur kesan kepuasan kerja dan sikap terhadap wang ke atas keinginan untuk berhenti kerja menggunakan 140 borang soalselidik yang telah dikumpulkan daripada pekerja yang berkhidmat di sebuah penguasa tempatan bertaraf bandaraya di Sabah, Malaysia. Keputusan analisis regresi hierarki menunjukkan dua dapatan penting: pertama, interaksi di antara kepuasan kerja intrinsik dan sikap terhadap wang mampu mengurangkan keinginan pekerja daripada berhenti secara sukarela. Kedua, interaksi di antara kepuasan kerja ekstrinsik dan sikap terhadap wang pula tidak mampu mengurangkan keinginan pekerja untuk berhenti secara sukarela. Dapatan kajian ini mengesahkan bahawa sikap terhadap wang bertindak sebagai pembolehubah penyederhana separa dalam model kepuasan kerja dalam organisasi kajian. Selanjutnya, perbincangan dan implikasi kajian turut dihuraikan dalam kertas kerja ini.
Pages: 43
Call Number: H53.M4I555 2009 n.1 sem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779080
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.