Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779076
Title: Pertanian kontrak sebagai satu kaedah memajukan petani kecil Melayu - jurang tanggapan dan jangkan antara aktor
Authors: Amriah Buang
Ratnawati Yuni Suryandari
Conference Name: International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH
Keywords: Pertanian kontrak FAMA
Pengeluaran pertanian
Conference Date: 2009-12-02
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Abstract: Pertanian Kontrak FAMA merupakan salah satu Projek Impak Tinggi daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ianya merupakan program yang bersifat pengeluaran disamping dua program lain iaitu National Feedlot Centre dan juga Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Di dalam projek Pertanian Kontrak FAMA, pengeluar mengeluarkan produk mengikut kualiti, kuantiti, jenis, varieti, pembungkusan, gred, masa dan harga yang dipersetujui. Kajian mengenai Pertanian Kontrak FAMA ini dilaksanakan di Zon Utara Semenanjung Malaysia pada awal tahun 2009, dengan bilangan responden sebanyak 94 petani peserta Pertanian Kontrak. Daripada kajian awal didapati bahawa projek Pertanian Kontrak FAMA pada umumnya kurang berjaya mengubah nasib petani di mana mereka masih terkekang oleh kualiti dan kuantiti hasil tani mereka yang rendah. Kualiti dan kuantiti hasil tani mereka masih belum mencapai tahap kualiti dan kuantiti yang dikehendaki FAMA. Keadaan ini pada satu tahap mencerminkan kegagalan prestasi pengeluaran peserta Pertanian Kontrak, tetapi pada satu tahap yang lebih mendalam mencerminkan kegagalan jabatan-jabatan yang bertanggung jawab memperkasakan segmen pengeluaran pertanian di negeri ini. Artikel ini mencuba menghuraikan sejauh mana jabatan-jabatan yang bertanggung jawab memperkasakan segmen pengeluaran pertanian di negeri ini mengalami kegagalan dan apakah faktor utama yang menyebabkan kegagalan tersebut?
Pages: 41
Call Number: H53.M4I555 2009 n.1 sem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779076
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.