Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778531
Title: | Kerangka undang-undang antiekstremisme ganas di Malaysia |
Authors: | Pushpamalar Govindaraju (P96994) |
Supervisor: | Mohamad Rizal Abdul Rahman, Prof. Madya Dr. Shahrul Mizan Ismail, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Radicalism -- Malaysia Violent crimes -- Law and legislation -- Malaysia Rule of law -- Malaysia Crimes against peace -- Law and legislation -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 21-Dec-2024 |
Abstract: | Ekstremisme ganas semakin berleluasa di pelosok dunia. Kegagalan dalam mengawal ekstremisme ganas dari awal sudah pastinya akan menjadi suatu ancaman kepada ketenteraman awam dan keselamatan negara pada bila-bila masa. Oleh itu, suatu pendekatan holistik yang terdiri daripada langkah-langkah mencegah ekstremisme dan membanteras ekstremisme ganas wajar dirangkumi di bawah undang-undang tempatan. Dalam hal ini, undang-undang sedia ada yang berkaitan di Malaysia didapati tidak membezakan kesalahan jenayah umum dengan ekstremisme ganas atau mengklasifikasikan ekstremisme ganas setara dengan kesalahan berkaitan keganasan. Pendekatan undang-undang sedemikian, hanya berjaya menghukum seseorang pesalah dengan mengenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya tetapi gagal untuk mencantas ekstremisme yang menjadi punca kesalahannya. Kegagalan ini secara tidak langsung akan menyebabkan ekstremisme ganas makin berlaku dan bermaharajalela di Malaysia. Berasaskan permasalahan ini, penyelidikan ini mengkaji dan mengenal pasti sama ada undang-undang sedia ada yang berkaitan di Malaysia memadai untuk mencegah ekstremisme dan membanteras ekstremisme ganas dengan mengimbangi hak asasi manudia dan kedaulatan undang-undang. Dalam mencapai objektif tersebut, penyelidikan ini menganalisis dan mengenal pasti kelompangan dan kelemahan undang-undang sedia ada yang berkaitan. Penyelidikan ini menggunakan kerangka penyelidikan undang-undang secara kaedah kualitatif dengan menjalankan kajian analisis kandungan dokumen dan juga kaedah temu bual semi struktur. Hasil penyelidikan mendapati kesalahan ekstremisme ganas wajar dibezakan dengan kesalahan jenayah yang lain memandangkan seseorang bermotivasi untuk terlibat dalam perbuatan ekstremisme ganas disebabkan ‘motif’ iaitu ekstremisme politik, kaum, sosial dan agama. Pendekatan undang-undang yang sama seperti kesalahan jenayah umum atau kesalahan setara berkaitan dengan keganasan ke atas kesalahan berasaskan ekstremisme adalah sesuatu yang tidak wajar dan tiba masanya untuk membuat pembaharuan. Justeru, penyelidikan ini mencadangkan satu akta khusus antiekstremisme ganas digubal dan dikuatkuasakan di Malaysia beserta penambahbaikan ke atas peruntukan peruntukan dalam akta sedia ada yang berkaitan. Selain hukuman pemenjaraan bagi kesalahan ekstremisme ganas, akta khusus tersebut turut mencadangkan program nyahradikalisasi dan pemerhatian polis sebagai hukuman-hukuman mandatori bagi mencegah ekstremisme daripada terus membara. |
Notes: | e-tesis |
Pages: | 531 |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778531 |
Appears in Collections: | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kerangka undang-undang antiekstremisme ganas di Malaysia.pdf Restricted Access | Full-text | 5.37 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.