Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778531
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohamad Rizal Abdul Rahman, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorShahrul Mizan Ismail, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorPushpamalar Govindaraju (P96994)en_US
dc.date.accessioned2025-03-21T07:53:04Z-
dc.date.available2025-03-21T07:53:04Z-
dc.date.issued2024-12-21-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778531-
dc.description.abstractEkstremisme ganas semakin berleluasa di pelosok dunia. Kegagalan dalam mengawal ekstremisme ganas dari awal sudah pastinya akan menjadi suatu ancaman kepada ketenteraman awam dan keselamatan negara pada bila-bila masa. Oleh itu, suatu pendekatan holistik yang terdiri daripada langkah-langkah mencegah ekstremisme dan membanteras ekstremisme ganas wajar dirangkumi di bawah undang-undang tempatan. Dalam hal ini, undang-undang sedia ada yang berkaitan di Malaysia didapati tidak membezakan kesalahan jenayah umum dengan ekstremisme ganas atau mengklasifikasikan ekstremisme ganas setara dengan kesalahan berkaitan keganasan. Pendekatan undang-undang sedemikian, hanya berjaya menghukum seseorang pesalah dengan mengenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya tetapi gagal untuk mencantas ekstremisme yang menjadi punca kesalahannya. Kegagalan ini secara tidak langsung akan menyebabkan ekstremisme ganas makin berlaku dan bermaharajalela di Malaysia. Berasaskan permasalahan ini, penyelidikan ini mengkaji dan mengenal pasti sama ada undang-undang sedia ada yang berkaitan di Malaysia memadai untuk mencegah ekstremisme dan membanteras ekstremisme ganas dengan mengimbangi hak asasi manudia dan kedaulatan undang-undang. Dalam mencapai objektif tersebut, penyelidikan ini menganalisis dan mengenal pasti kelompangan dan kelemahan undang-undang sedia ada yang berkaitan. Penyelidikan ini menggunakan kerangka penyelidikan undang-undang secara kaedah kualitatif dengan menjalankan kajian analisis kandungan dokumen dan juga kaedah temu bual semi struktur. Hasil penyelidikan mendapati kesalahan ekstremisme ganas wajar dibezakan dengan kesalahan jenayah yang lain memandangkan seseorang bermotivasi untuk terlibat dalam perbuatan ekstremisme ganas disebabkan ‘motif’ iaitu ekstremisme politik, kaum, sosial dan agama. Pendekatan undang-undang yang sama seperti kesalahan jenayah umum atau kesalahan setara berkaitan dengan keganasan ke atas kesalahan berasaskan ekstremisme adalah sesuatu yang tidak wajar dan tiba masanya untuk membuat pembaharuan. Justeru, penyelidikan ini mencadangkan satu akta khusus antiekstremisme ganas digubal dan dikuatkuasakan di Malaysia beserta penambahbaikan ke atas peruntukan peruntukan dalam akta sedia ada yang berkaitan. Selain hukuman pemenjaraan bagi kesalahan ekstremisme ganas, akta khusus tersebut turut mencadangkan program nyahradikalisasi dan pemerhatian polis sebagai hukuman-hukuman mandatori bagi mencegah ekstremisme daripada terus membara.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Law / Fakulti Undang-undangen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectRadicalism -- Malaysiaen_US
dc.subjectViolent crimes -- Law and legislation -- Malaysiaen_US
dc.subjectRule of law -- Malaysiaen_US
dc.subjectCrimes against peace -- Law and legislation -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKerangka undang-undang antiekstremisme ganas di Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages531en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kerangka undang-undang antiekstremisme ganas di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text5.37 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.