Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778493
Title: Migrasi pendatang tanpa izin: perundangan dan penguatkuasaan di Negeri Sabah
Authors: Mohd Shukor Abdul Mumin (P96922)
Supervisor: Wan Siti Adibah Wan Dahalan, Prof. Madya Dr.
Rohani Abdul Rahim, Dr.
Keywords: Immigrants -- Malaysia
Emigration and immigration
Emigration and immigration -- Government policy
Emigration and immigration -- Economic aspects
Illegal immigration -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Dec-2024
Abstract: Sabah menerima kemasukan migran Filipina dan Indonesia dari awal tahun 1960-an bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam sektor pertanian dan perladangan. Migrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau kemasukan PATI di Sabah berpunca daripada lokasi yang strategik dan berhampiran dengan negara-negara serantau sehingga mereka berminat untuk datang ke negeri tersebut bersama-sama keluarga masing-masing. Peningkatan lambakan PATI di negeri Sabah kini telah menimbulkan pelbagai masalah sosial, ekonomi dan politik. Permasalahan ini melahirkan beberapa objektif kajian, yakni termasuklah (a) mengenal pasti latar belakang perkembangan aktiviti perburuhan PATI di negeri Sabah, pemakaian undang-undang antarabangsa, undang-undang perburuhan serta perundangan Imigresen Malaysia, (b) mengkaji penguatkuasaan aktiviti pengurusan dan pencegahan aktiviti kemasukan PATI serta; (c) mencadangkan penambahbaikan perundangan pekerjaan dan pelaksanaan penguatkuasaan perundangan imigrasi Malaysia bagi mencegah migrasi PATI di negeri Sabah. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kualitatif sosial perundangan menerusi pendekatan sejarah dan kajian analitikal. Antara dapatan kajian ini ialah (a) kedatangan PATI memberikan pengaruh negatif dari sudut politik, ekonomi dan sosial serta menjejaskan kesejahteraan penduduk tempatan. (b) Kesannya, situasi ini mencerminkan kelemahan pelaksanaan undang-undang Malaysia daripada sudut penghukuman. (c) Kawalan sempadan mesti dilaksanakan dan dikuatkuasakan sepenuhnya bagi mengelakkan ancaman kemasukan atau penyeludupan PATI dan pemerdagangan orang dari negara jiran yang boleh mengancam keselamatan negeri Sabah. Kesimpulannya, negeri Sabah hendaklah memberikan tumpuan kepada usaha berkaitan dengan pencegahan dan kawalan kemasukan pekerja PATI di samping memastikan pelaksanaan dan penguatkuasaan perundangan serta penghukuman yang lebih tegas dan jelas. Oleh itu, demi memastikan keberkesanan usaha ini, pemantauan pertahanan perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa Persekutuan Malaysia, dan belanjawan yang mencukupi perlu diperuntukkan bagi penyediaan kemudahan berteknologi tinggi serta selari dengan perkembangan semasa.
Notes: e-tesis
Pages: 210
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778493
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Migrasi pendatang tanpa izin perundangan dan penguatkuasaan di Negeri Sabah.pdf
  Restricted Access
Full-text1.75 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.