Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778493
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Siti Adibah Wan Dahalan, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorRohani Abdul Rahim, Dr.en_US
dc.contributor.authorMohd Shukor Abdul Mumin (P96922)en_US
dc.date.accessioned2025-03-21T03:18:21Z-
dc.date.available2025-03-21T03:18:21Z-
dc.date.issued2024-12-12-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778493-
dc.description.abstractSabah menerima kemasukan migran Filipina dan Indonesia dari awal tahun 1960-an bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam sektor pertanian dan perladangan. Migrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau kemasukan PATI di Sabah berpunca daripada lokasi yang strategik dan berhampiran dengan negara-negara serantau sehingga mereka berminat untuk datang ke negeri tersebut bersama-sama keluarga masing-masing. Peningkatan lambakan PATI di negeri Sabah kini telah menimbulkan pelbagai masalah sosial, ekonomi dan politik. Permasalahan ini melahirkan beberapa objektif kajian, yakni termasuklah (a) mengenal pasti latar belakang perkembangan aktiviti perburuhan PATI di negeri Sabah, pemakaian undang-undang antarabangsa, undang-undang perburuhan serta perundangan Imigresen Malaysia, (b) mengkaji penguatkuasaan aktiviti pengurusan dan pencegahan aktiviti kemasukan PATI serta; (c) mencadangkan penambahbaikan perundangan pekerjaan dan pelaksanaan penguatkuasaan perundangan imigrasi Malaysia bagi mencegah migrasi PATI di negeri Sabah. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kualitatif sosial perundangan menerusi pendekatan sejarah dan kajian analitikal. Antara dapatan kajian ini ialah (a) kedatangan PATI memberikan pengaruh negatif dari sudut politik, ekonomi dan sosial serta menjejaskan kesejahteraan penduduk tempatan. (b) Kesannya, situasi ini mencerminkan kelemahan pelaksanaan undang-undang Malaysia daripada sudut penghukuman. (c) Kawalan sempadan mesti dilaksanakan dan dikuatkuasakan sepenuhnya bagi mengelakkan ancaman kemasukan atau penyeludupan PATI dan pemerdagangan orang dari negara jiran yang boleh mengancam keselamatan negeri Sabah. Kesimpulannya, negeri Sabah hendaklah memberikan tumpuan kepada usaha berkaitan dengan pencegahan dan kawalan kemasukan pekerja PATI di samping memastikan pelaksanaan dan penguatkuasaan perundangan serta penghukuman yang lebih tegas dan jelas. Oleh itu, demi memastikan keberkesanan usaha ini, pemantauan pertahanan perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa Persekutuan Malaysia, dan belanjawan yang mencukupi perlu diperuntukkan bagi penyediaan kemudahan berteknologi tinggi serta selari dengan perkembangan semasa.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Law / Fakulti Undang-undangen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectImmigrants -- Malaysiaen_US
dc.subjectEmigration and immigrationen_US
dc.subjectEmigration and immigration -- Government policyen_US
dc.subjectEmigration and immigration -- Economic aspectsen_US
dc.subjectIllegal immigration -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleMigrasi pendatang tanpa izin: perundangan dan penguatkuasaan di Negeri Sabahen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages210en_US
dc.format.degreeSarjana Undang-Undang-
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Migrasi pendatang tanpa izin perundangan dan penguatkuasaan di Negeri Sabah.pdf
  Restricted Access
Full-text1.75 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.