Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778443
Title: | Strukturalisme: satu tinjauan dari segi teori dan applikasi |
Authors: | Hashim Awang A.R. |
Editors: | Nik Safiah Karim |
Conference Name: | Seminar Ijazah Tinggi Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya |
Keywords: | Strukturalisme Antropologi Levi-Strauss |
Conference Date: | 1986 |
Conference Location: | Universiti Malaya, Kuala Lumpur |
Abstract: | Dalam dunia akademik telah diakui bahawa strukturalisme merupakan suatu pendekatan yang bukan sahaja kompleks dari segi intelek tetapi juga sentiasa berubah dari segi sejarah. Malah bidang ini begitu fashionable sehinggakan menyebut nama Levi-Strauss itu penting daripada apa yang sebenarnya dikatakan mengenainya. (Scholte 1973:637) Dengan itu adalah menjadi matlamat penulisan ini untuk menyingkap sedikit sebanyak tentang strukturalisme Lévi-Strauss, yang juga dikenali sebagai Strukturalisme Perancis. Dalam konteks sejarah dan perkembangan teori antropologi, strukturalisme merupakan satu-satunya paradigma tulen dalam sains sosial yang terbentuk pada tahun-tahun enam puluhan yang dicipta sendirian oleh Claude Lévi-Strauss. (Ortner 1984: 135) Sungguhpun Claude Lévi-Strauss melalui strukturalismenya menampakkan kurangnya minat beliau kepada teori-teori yang dapat diuji, pengabaian kepada sebab-akibat, asal-usul dan proses sejarah, namun demikian paradigma yang beliau kemukakan itu merupakan paradigme yang paling berpengaruh dalam ilmu antropologi di Eropah Barat. Bahkan inilah strategi dalam antropologi yang pada pandangan sebilangan besar ahli-ahli akademik di Eropah Barat dan juga Amerika Syarikat, layak dikaji sepanjang masa. (Harris 1979:165) |
ISBN: | 9679930025 |
Pages: | 80-97 |
Call Number: | GN362.S77 SemKat |
Publisher: | Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778443 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.