Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778334
Title: Pengecaman spesimen balistik forensik menggunakan analisis fraktal dan momen geometri
Authors: Norazlina Abd Razak (P47330)
Supervisor: Liong Choong Yeun, Prof. Madya Dr.
Abdul Aziz Jemain, Prof. Dr.
Nor Azura Md Ghani@Mamat, Prof. Madya
Keywords: Fractal analysis
Geometry
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Jul-2020
Abstract: Pengecaman senjata api berdasarkan pengecaman imej kesan pin peletup adalah sangat penting dalam menyelesaikan kes jenayah bersenjata api dalam masa yang singkat dan membantu dalam kes di mahkamah. Terdapat banyak kesan fizikal yang terhasil di permukaan tapak kelongsong peluru yang bertindak sebagai cap jari senjata api apabila senjata api ditembak. Berdasarkan pengecaman cap jari senjata api ini, maka senjata api yang terlibat dapat dikenal pasti. Pada masa kini, pengesahan senjata api yang terlibat dilaksanakan secara manual dan ketepatan perbandingan adalah bergantung kepada kepakaran pemeriksa senjata api. Pemeriksa biasanya memerlukan masa yang lama untuk menganalisis imej yang banyak daripada pangkalan data. Dalam usaha untuk menangani masalah tersebut, pengecaman balistik pintar harus dibangunkan supaya pengecaman senjata api dapat dijalankan dengan lebih cepat dan tepat. Dalam kajian ini, pendekatan pengecaman balistik pintar yang melibatkan proses segmentasi imej secara automatik, pengekstrakan fitur menggunakan gabungan teknik dimensi fraktal dan momen geometri, dan pengelasan menggunakan rangkaian neural buatan diperkenalkan. Segmentasi telah dilakukan menggunakan pengesanan tepi Canny dan jelmaan Hough. Prestasi kaedah segmentasi tersebut dalam mengesan imej penuh kesan pin peletup adalah 94.1%. Fasa kedua adalah mengekstrak fitur dengan menggunakan gabungan teknik dimensi fraktal dan momen geometri, dan seterusnya melaksanakan pengelasan menggunakan rangkaian neural buatan. Keputusan eksperimen menunjukkan 100% daripada imej-imej kesan pin peletup berjaya dikelaskan dengan betul. Kesimpulannya, gabungan di antara teknik dimensi fraktal dan momen geometri menghasilkan keputusan yang memberangsangkan ke arah pengecaman senjata api secara automatik.
Pages: 132
Call Number: QA614.86.N637 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778334
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengecaman spesimen balistik forensik menggunakan kaedah analisis fraktal dan momen geometri.pdf
  Restricted Access
Ful-text4.87 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.