Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778334
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLiong Choong Yeun, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorAbdul Aziz Jemain, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorNor Azura Md Ghani@Mamat, Prof. Madyaen_US
dc.contributor.authorNorazlina Abd Razak (P47330)en_US
dc.date.accessioned2025-03-10T03:09:32Z-
dc.date.available2025-03-10T03:09:32Z-
dc.date.issued2020-07-15-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778334-
dc.description.abstractPengecaman senjata api berdasarkan pengecaman imej kesan pin peletup adalah sangat penting dalam menyelesaikan kes jenayah bersenjata api dalam masa yang singkat dan membantu dalam kes di mahkamah. Terdapat banyak kesan fizikal yang terhasil di permukaan tapak kelongsong peluru yang bertindak sebagai cap jari senjata api apabila senjata api ditembak. Berdasarkan pengecaman cap jari senjata api ini, maka senjata api yang terlibat dapat dikenal pasti. Pada masa kini, pengesahan senjata api yang terlibat dilaksanakan secara manual dan ketepatan perbandingan adalah bergantung kepada kepakaran pemeriksa senjata api. Pemeriksa biasanya memerlukan masa yang lama untuk menganalisis imej yang banyak daripada pangkalan data. Dalam usaha untuk menangani masalah tersebut, pengecaman balistik pintar harus dibangunkan supaya pengecaman senjata api dapat dijalankan dengan lebih cepat dan tepat. Dalam kajian ini, pendekatan pengecaman balistik pintar yang melibatkan proses segmentasi imej secara automatik, pengekstrakan fitur menggunakan gabungan teknik dimensi fraktal dan momen geometri, dan pengelasan menggunakan rangkaian neural buatan diperkenalkan. Segmentasi telah dilakukan menggunakan pengesanan tepi Canny dan jelmaan Hough. Prestasi kaedah segmentasi tersebut dalam mengesan imej penuh kesan pin peletup adalah 94.1%. Fasa kedua adalah mengekstrak fitur dengan menggunakan gabungan teknik dimensi fraktal dan momen geometri, dan seterusnya melaksanakan pengelasan menggunakan rangkaian neural buatan. Keputusan eksperimen menunjukkan 100% daripada imej-imej kesan pin peletup berjaya dikelaskan dengan betul. Kesimpulannya, gabungan di antara teknik dimensi fraktal dan momen geometri menghasilkan keputusan yang memberangsangkan ke arah pengecaman senjata api secara automatik.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectFractal analysisen_US
dc.subjectGeometryen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengecaman spesimen balistik forensik menggunakan analisis fraktal dan momen geometrien_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages132en_US
dc.identifier.callnoQA614.86.N637 2020 tesisen_US
dc.identifier.barcode007497en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengecaman spesimen balistik forensik menggunakan kaedah analisis fraktal dan momen geometri.pdf
  Restricted Access
Ful-text4.87 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.