Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778168
Title: | Sokongan sosial warga emas dalam talian bagi mengatasi kesunyian dan kemurungan di Pusat Aktiviti Warga Emas Negeri Selangor |
Authors: | Nurul Aini Syazwani Norhisham (P115483) |
Supervisor: | Muhamad Faisal Ashaari, Dr. Hasanah Abd. Khafidz, Dr. Rosmawati Mohamad Rasit, Prof Madya Dr. |
Keywords: | Online social networks -- Malaysia Social networks -- Malaysia Loneliness in old age -- Malaysia Depression in old age -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 22-Aug-2024 |
Abstract: | Penggunaan media sosial dan teknologi digital boleh mengurangkan kesunyian dan kemurungan dalam kalangan warga emas. Penggunaan ini boleh menjadi sokongan sosial kepada warga emas untuk mendapat kehidupan yang lebih bermakna. Kajian lalu mendapati sokongan sosial boleh bersumber daripada diri sendiri, keluarga, dan masyarakat, rakan-rakan, pihak swasta, NGO dan kerajaan, manakala bentuk sokongan dalam talian merangkumi sokongan sosial menerusi media sosial dan sokongan sosial menerusi teknologi digital. Persoalannya, sejauh manakah mereka mendapat sokongan sosial dari penggunaan media sosial dan teknologi digital yang boleh mengatasi kesunyian dan kemurungan. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk menganalisis sumber dan bentuk sokongan sosial dalam talian yang boleh mengurangkan kesunyian dan kemurungan dalam kalangan warga emas. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji sumber bentuk sokongan sosial dan mengkaji bentuk sokongan sosial dalam talian terhadap warga emas. Kajian juga akan mengkaji tahap kesunyian dan kemurungan dan menganalisis perbezaan antara tahap kesunyian dan kemurungan warga berdasarkan demografi. Kajian seterusnya menganalisis hubungan antara sumber sokongan sosial dengan kesunyian dan kemurungan dan menganalisis hubungan antara bentuk sokongan sosial dalam talian dengan kesunyian dan kemurungan warga emas. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif menerusi soal selidik yang diedarkan kepada warga emas yang beraktiviti di tujuh Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Negeri Selangor. Seramai 247 responden yang telah menjawab soal selidik dengan sempurna. Diri sendiri didapati merupakan sumber utama yang boleh mengatasi perasaan sunyi dan murung, manakala NGO bukan merupakan sumber yang sangat kurang memberi sokongan sosial tehadap warga emas. Kajian mendapati penggunaan media sosial dan teknologi digital berada di tahap yang sederhana. Analisis kajian mendapati tahap kesunyian dan kemurungan warga emas di PAWE berada di tahap yang sederhana. Di samping itu, kajian mendapati tahap kesunyian warga emas tiada perbezaan dengan jantina, umur dan pendapatan. Hasil kajian juga mendapati tahap kemurungan warga emas tidak mempunyai perbezaan dengan jantina, manakala dengan umur dan pendapatan mempunyai perbezaan yang signifikan. Seterusnya, hasil korelasi menunjukkan terdapat hubungan antara sumber sokongan sosial warga emas dengan tahap kesunyian dan kemurungan warga emas, manakala tiada hubungan yang signifikan antara bentuk sokongan sosial warga emas dengan tahap kesunyian mereka. Walau bagaimanapun, terdapat hubungan yang signifikan antara bentuk sokongan sosial warga emas dengan tahap kemurungan warga emas. Implikasi dari kajian ini ialah generasi yang akan memasuki usia emas perlu meningkatkan kebolehan diri terutama dalam memanfaatkan media sosial dan teknologi digital memandangkan peredaran masa kini berkembang dengan pantas. |
Pages: | 205 |
Call Number: | HM742.N8373 2024 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Sokongan sosial warga emas dalam talian bagi mengatasi kesunyian dan kemurungan di Pusat Aktiviti Warga Emas Negeri Selangor.pdf Restricted Access | Full-text | 2.66 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.