Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778168
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhamad Faisal Ashaari, Dr.en_US
dc.contributor.advisorHasanah Abd. Khafidz, Dr.en_US
dc.contributor.advisorRosmawati Mohamad Rasit, Prof Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorNurul Aini Syazwani Norhisham (P115483)en_US
dc.date.accessioned2025-03-03T07:49:53Z-
dc.date.available2025-03-03T07:49:53Z-
dc.date.issued2024-08-22-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778168-
dc.description.abstractPenggunaan media sosial dan teknologi digital boleh mengurangkan kesunyian dan kemurungan dalam kalangan warga emas. Penggunaan ini boleh menjadi sokongan sosial kepada warga emas untuk mendapat kehidupan yang lebih bermakna. Kajian lalu mendapati sokongan sosial boleh bersumber daripada diri sendiri, keluarga, dan masyarakat, rakan-rakan, pihak swasta, NGO dan kerajaan, manakala bentuk sokongan dalam talian merangkumi sokongan sosial menerusi media sosial dan sokongan sosial menerusi teknologi digital. Persoalannya, sejauh manakah mereka mendapat sokongan sosial dari penggunaan media sosial dan teknologi digital yang boleh mengatasi kesunyian dan kemurungan. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk menganalisis sumber dan bentuk sokongan sosial dalam talian yang boleh mengurangkan kesunyian dan kemurungan dalam kalangan warga emas. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji sumber bentuk sokongan sosial dan mengkaji bentuk sokongan sosial dalam talian terhadap warga emas. Kajian juga akan mengkaji tahap kesunyian dan kemurungan dan menganalisis perbezaan antara tahap kesunyian dan kemurungan warga berdasarkan demografi. Kajian seterusnya menganalisis hubungan antara sumber sokongan sosial dengan kesunyian dan kemurungan dan menganalisis hubungan antara bentuk sokongan sosial dalam talian dengan kesunyian dan kemurungan warga emas. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif menerusi soal selidik yang diedarkan kepada warga emas yang beraktiviti di tujuh Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Negeri Selangor. Seramai 247 responden yang telah menjawab soal selidik dengan sempurna. Diri sendiri didapati merupakan sumber utama yang boleh mengatasi perasaan sunyi dan murung, manakala NGO bukan merupakan sumber yang sangat kurang memberi sokongan sosial tehadap warga emas. Kajian mendapati penggunaan media sosial dan teknologi digital berada di tahap yang sederhana. Analisis kajian mendapati tahap kesunyian dan kemurungan warga emas di PAWE berada di tahap yang sederhana. Di samping itu, kajian mendapati tahap kesunyian warga emas tiada perbezaan dengan jantina, umur dan pendapatan. Hasil kajian juga mendapati tahap kemurungan warga emas tidak mempunyai perbezaan dengan jantina, manakala dengan umur dan pendapatan mempunyai perbezaan yang signifikan. Seterusnya, hasil korelasi menunjukkan terdapat hubungan antara sumber sokongan sosial warga emas dengan tahap kesunyian dan kemurungan warga emas, manakala tiada hubungan yang signifikan antara bentuk sokongan sosial warga emas dengan tahap kesunyian mereka. Walau bagaimanapun, terdapat hubungan yang signifikan antara bentuk sokongan sosial warga emas dengan tahap kemurungan warga emas. Implikasi dari kajian ini ialah generasi yang akan memasuki usia emas perlu meningkatkan kebolehan diri terutama dalam memanfaatkan media sosial dan teknologi digital memandangkan peredaran masa kini berkembang dengan pantas.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectOnline social networks -- Malaysiaen_US
dc.subjectSocial networks -- Malaysiaen_US
dc.subjectLoneliness in old age -- Malaysiaen_US
dc.subjectDepression in old age -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleSokongan sosial warga emas dalam talian bagi mengatasi kesunyian dan kemurungan di Pusat Aktiviti Warga Emas Negeri Selangoren_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages205en_US
dc.identifier.callnoHM742.N8373 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007520en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Sokongan sosial warga emas dalam talian bagi mengatasi kesunyian dan kemurungan di Pusat Aktiviti Warga Emas Negeri Selangor.pdf
  Restricted Access
Full-text2.66 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.