Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777977
Title: Pengaruh dasar awam dan tadbir urus institusi terhadap kemiskinan multidimensi di Indonesia berdasarkan pendekatan maqasid syariah
Authors: Anindya Mitra Raisnur Putri (P91039)
Supervisor: Muhammad Hakimi Mohd Shafiai, Prof. Madya Dr.
Abdul Ghafar Ismail, Prof. Dr.
Mohd Adib Ismail, Prof. Madya Dr.
Keywords: Political planning -- Indonesia
Political science -- Indonesia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Feb-2024
Abstract: Pendekatan keupayaan dianggap bersesuaian untuk mengkaji kekurangan dalam aspek material dan akses kepada sumber dalam kemiskinan multidimensi. Walau bagaimanapun, pendekatan ini tidak mengambil kira keperluan rohani manusia. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan pendekatan rohani Islam untuk mengukur kemiskinan multidimensi (MSMPI). Untuk mengenal pasti kemiskinan kajian ini menggunakan kerangka maqasid syariah yang bersandarkan pada pemeliharaan agama, diri, akal, keturunan dan harta. Pengukuran Indeks MSMPI menggunakan kaedah dual cut-off (DC) yang diubah suai. Kajian ini menggunakan pengukuran data yang diperoleh daripada tinjauan Sosioekonomi Nasional (SUSENAS) pada tahun 2019. Tinjauan ini melibatkan 514 kabupaten di Indonesia yang terdiri dari bilangan responden yang melebihi 1.2 juta responden. Peranan pemerintah daerah terhadap pengurangan kemiskinan dalam kajian ini berdasarkan model pembangunan ekonomi moden Kuznet. Peranan pemerintah daerah dalam aspek pentadbiran melibatkan tahap kemandirian kewangan (TKD) manakala, dasar awam pemerintah melibatkan perbelanjaan sosial daerah (BSD) dan agihan zakat (Z). Hasil pengukuran MSMPI mendapati tiga kabupaten mencatatkan kadar kemiskinan tertinggi, iaitu NTT sebanyak 20.89 peratus, diikuti Papua dan Papua Barat sebanyak 20.85 peratus dan 13.21 peratus, masingmasing. Manakala, kabupaten yang terendah direkodkan ialah DKI Jakarta sebanyak 3.13 peratus, disusuli Kepulauan Riau dan Sumatera Barat sebanyak 5.50 peratus dan 5.95 peratus, masing-masing. Selain itu, bagi dimensi kemiskinan pula, dapatan kajian mendedahkan dimensi akal merupakan kekurangan tertinggi yang dialami di setiap kabupaten. Hasil analisis model pembangunan ekonomi moden menunjukkan pendapatan per kapita (IC), TKD dan BSD mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap pengurangan kemiskinan. Berdasarkan kedua-dua pengukuran MSMPI dan MPI yang berbeza ini, dapatan memperlihatkan kabupaten yang mempunyai indeks MPI di bahagian Barat dan Timur Indonesia dicatatkan lebih tinggi iaitu sebanyak 45 peratus, berbanding pengukuran indeks MSMPI. Manakala, analisis pengaruh peranan pemerintah terhadap indeks MPI pula mempunyai nilai signifikan dan koefisien determinasi yang lebih tinggi. Dapatan kajian ini memberikan sumbangan ilmu khususnya dalam bidang falsafah, pendekatan, konsep dan pengukuran kemiskinan multidimensi. Di samping itu, dapatan menunjukkan pencapaian pentadbiran dan dasar awam pemerintah mempunyai implikasi bagi program pengurangan kemiskinan multidimensi.
Notes: Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 446
Call Number: JF1525.P6.A535 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengaruh dasar awam dan tadbir urus institusi terhadap kemiskinan multidimensi di Indonesia berdasarkan pendekatan Maqasid syariah.pdf
  Restricted Access
Partial816.77 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.