Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777977
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhammad Hakimi Mohd Shafiai, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorAbdul Ghafar Ismail, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorMohd Adib Ismail, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorAnindya Mitra Raisnur Putri (P91039)en_US
dc.date.accessioned2025-02-18T07:20:05Z-
dc.date.available2025-02-18T07:20:05Z-
dc.date.issued2024-02-24-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777977-
dc.description.abstractPendekatan keupayaan dianggap bersesuaian untuk mengkaji kekurangan dalam aspek material dan akses kepada sumber dalam kemiskinan multidimensi. Walau bagaimanapun, pendekatan ini tidak mengambil kira keperluan rohani manusia. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan pendekatan rohani Islam untuk mengukur kemiskinan multidimensi (MSMPI). Untuk mengenal pasti kemiskinan kajian ini menggunakan kerangka maqasid syariah yang bersandarkan pada pemeliharaan agama, diri, akal, keturunan dan harta. Pengukuran Indeks MSMPI menggunakan kaedah dual cut-off (DC) yang diubah suai. Kajian ini menggunakan pengukuran data yang diperoleh daripada tinjauan Sosioekonomi Nasional (SUSENAS) pada tahun 2019. Tinjauan ini melibatkan 514 kabupaten di Indonesia yang terdiri dari bilangan responden yang melebihi 1.2 juta responden. Peranan pemerintah daerah terhadap pengurangan kemiskinan dalam kajian ini berdasarkan model pembangunan ekonomi moden Kuznet. Peranan pemerintah daerah dalam aspek pentadbiran melibatkan tahap kemandirian kewangan (TKD) manakala, dasar awam pemerintah melibatkan perbelanjaan sosial daerah (BSD) dan agihan zakat (Z). Hasil pengukuran MSMPI mendapati tiga kabupaten mencatatkan kadar kemiskinan tertinggi, iaitu NTT sebanyak 20.89 peratus, diikuti Papua dan Papua Barat sebanyak 20.85 peratus dan 13.21 peratus, masingmasing. Manakala, kabupaten yang terendah direkodkan ialah DKI Jakarta sebanyak 3.13 peratus, disusuli Kepulauan Riau dan Sumatera Barat sebanyak 5.50 peratus dan 5.95 peratus, masing-masing. Selain itu, bagi dimensi kemiskinan pula, dapatan kajian mendedahkan dimensi akal merupakan kekurangan tertinggi yang dialami di setiap kabupaten. Hasil analisis model pembangunan ekonomi moden menunjukkan pendapatan per kapita (IC), TKD dan BSD mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap pengurangan kemiskinan. Berdasarkan kedua-dua pengukuran MSMPI dan MPI yang berbeza ini, dapatan memperlihatkan kabupaten yang mempunyai indeks MPI di bahagian Barat dan Timur Indonesia dicatatkan lebih tinggi iaitu sebanyak 45 peratus, berbanding pengukuran indeks MSMPI. Manakala, analisis pengaruh peranan pemerintah terhadap indeks MPI pula mempunyai nilai signifikan dan koefisien determinasi yang lebih tinggi. Dapatan kajian ini memberikan sumbangan ilmu khususnya dalam bidang falsafah, pendekatan, konsep dan pengukuran kemiskinan multidimensi. Di samping itu, dapatan menunjukkan pencapaian pentadbiran dan dasar awam pemerintah mempunyai implikasi bagi program pengurangan kemiskinan multidimensi.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectPolitical planning -- Indonesiaen_US
dc.subjectPolitical science -- Indonesiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengaruh dasar awam dan tadbir urus institusi terhadap kemiskinan multidimensi di Indonesia berdasarkan pendekatan maqasid syariahen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"en_US
dc.format.pages446en_US
dc.identifier.callnoJF1525.P6.A535 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007451en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengaruh dasar awam dan tadbir urus institusi terhadap kemiskinan multidimensi di Indonesia berdasarkan pendekatan Maqasid syariah.pdf
  Restricted Access
Partial816.77 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.