Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777957
Title: | Pengaruh pengetahuan isi kandungan, kontekstual dan pedagogi umum serta opsyen guru ke atas PPIK perubahan iklim |
Authors: | Nurbaizura Hussain (P113216) |
Supervisor: | Lilia Halim, Prof. Dr. |
Keywords: | Pedagogical content knowledge Climatic changes Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 18-Mar-2024 |
Abstract: | Kajian ini mengenal pasti tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) bagi topik perubahan iklim dalam kalangan guru-guru sains. Di Malaysia, pendidikan mengenai perubahan iklim dimasukkan di dalam kurikulum secara merentas kurikulum di peringkat sekolah rendah dan menengah. Terdapat tiga komponen PPIK yang dikaji iaitu pengetahuan isi kandungan, pengetahuan kontekstual dan pengetahuan pedagogi umum. Kajian ini juga melihat perbezaan opsyen pengajaran sebagai faktor yang mempengaruhi tahap PPIK guru-guru sains. 249 orang guru sains sekolah menengah di sekitar Kuala Lumpur mengambil bahagian dalam kajian tinjauan yang dijalankan. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik yang mengandungi 50 item. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Kaedah analisis inferensi yang digunakan adalah Ujian Kruskal-Wallis, ujian korelasi dan ujian regresi. Dapatan kajian mendapati tahap penguasaan yang tinggi dalam kalangan responden kajian bagi pengetahuan isi kandungan, pengetahuan kontekstual dan pengetahuan pedagogi umum, manakala tahap penguasaan mereka bagi komponen PPIK adalah di tahap sederhana. Menurut analisis inferensi yang dijalankan, opsyen biologi menunjukkan tahap PPIK yang tinggi berbanding dua opsyen yang lain. Hasil analisis regresi berganda menunjukkan terdapatnya pengaruh pengetahuan isi kandungan, pengetahuan kontekstual dan pengetahuan pedagogi umum terhadap PPIK secara signifikan. Dapatan menunjukkan pengetahuan pedagogi umum merupakan pengaruh terbesar terhadap PPIK. Implikasi daripada kajian ini ialah cadangan pemantapan program pembangunan profesionalisme guru. Selain itu, dicadangkan supaya penekanan program diberikan terhadap aspek strategi penyampaian pengajaran pendidikan mengenai perubahan iklim dengan pertimbangan bahawa pendidikan ini disampaikan melalui pendekatan integrasi kurikulum. Pendekatan ini menjadi cabaran kepada guru-guru sains untuk mengenal pasti strategi terbaik menyampaikan pendidikan mengenai perubahan iklim dalam konteks kurikulum pendidikan negara yang padat. Ini bermakna, guru sains memerlukan PPIK walaupun pendekatan menerapkan Pendidikan Perubahan Iklim yang dihasratkan adalah merentasi kurikulum. |
Pages: | 153 |
Call Number: | LB1028.3.N8377 2024 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pengaruh pengetahuan isi kandungan, kontekstual dan pedagogi umum serta opsyen guru ke atas PPIK perubahan iklim.pdf Restricted Access | Full-text | 5.28 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.