Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777957
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLilia Halim, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorNurbaizura Hussain (P113216)en_US
dc.date.accessioned2025-02-18T06:51:31Z-
dc.date.available2025-02-18T06:51:31Z-
dc.date.issued2024-03-18-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777957-
dc.description.abstractKajian ini mengenal pasti tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) bagi topik perubahan iklim dalam kalangan guru-guru sains. Di Malaysia, pendidikan mengenai perubahan iklim dimasukkan di dalam kurikulum secara merentas kurikulum di peringkat sekolah rendah dan menengah. Terdapat tiga komponen PPIK yang dikaji iaitu pengetahuan isi kandungan, pengetahuan kontekstual dan pengetahuan pedagogi umum. Kajian ini juga melihat perbezaan opsyen pengajaran sebagai faktor yang mempengaruhi tahap PPIK guru-guru sains. 249 orang guru sains sekolah menengah di sekitar Kuala Lumpur mengambil bahagian dalam kajian tinjauan yang dijalankan. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik yang mengandungi 50 item. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Kaedah analisis inferensi yang digunakan adalah Ujian Kruskal-Wallis, ujian korelasi dan ujian regresi. Dapatan kajian mendapati tahap penguasaan yang tinggi dalam kalangan responden kajian bagi pengetahuan isi kandungan, pengetahuan kontekstual dan pengetahuan pedagogi umum, manakala tahap penguasaan mereka bagi komponen PPIK adalah di tahap sederhana. Menurut analisis inferensi yang dijalankan, opsyen biologi menunjukkan tahap PPIK yang tinggi berbanding dua opsyen yang lain. Hasil analisis regresi berganda menunjukkan terdapatnya pengaruh pengetahuan isi kandungan, pengetahuan kontekstual dan pengetahuan pedagogi umum terhadap PPIK secara signifikan. Dapatan menunjukkan pengetahuan pedagogi umum merupakan pengaruh terbesar terhadap PPIK. Implikasi daripada kajian ini ialah cadangan pemantapan program pembangunan profesionalisme guru. Selain itu, dicadangkan supaya penekanan program diberikan terhadap aspek strategi penyampaian pengajaran pendidikan mengenai perubahan iklim dengan pertimbangan bahawa pendidikan ini disampaikan melalui pendekatan integrasi kurikulum. Pendekatan ini menjadi cabaran kepada guru-guru sains untuk mengenal pasti strategi terbaik menyampaikan pendidikan mengenai perubahan iklim dalam konteks kurikulum pendidikan negara yang padat. Ini bermakna, guru sains memerlukan PPIK walaupun pendekatan menerapkan Pendidikan Perubahan Iklim yang dihasratkan adalah merentasi kurikulum.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectPedagogical content knowledgeen_US
dc.subjectClimatic changesen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengaruh pengetahuan isi kandungan, kontekstual dan pedagogi umum serta opsyen guru ke atas PPIK perubahan iklimen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages153en_US
dc.identifier.callnoLB1028.3.N8377 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007421en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengaruh pengetahuan isi kandungan, kontekstual dan pedagogi umum serta opsyen guru ke atas PPIK perubahan iklim.pdf
  Restricted Access
Full-text5.28 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.