Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777931
Title: | Penerokaan amalan pengurusan keperluan murid B40 berdasarkan teori keperluan Maslow |
Authors: | Erne Hayaty Osman (P113221) |
Supervisor: | Bity Salwana Alias, Dr. |
Keywords: | Motivation in education Motivation (Psychology) Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 12-Feb-2024 |
Abstract: | Pengurusan keperluan dasar sedia ada bagi meningkatkan motivasi murid B40 terhadap pendidikan masih memerlukan penambahbaikan secara berterusan walaupun terdapat pelbagai bantuan dan usaha dari pelbagai pihak. Tinjauan awal mendapati dasar pengurusan keperluan murid B40 sedia ada tidak dapat memotivasikan murid B40 untuk mencapai tahap pencapaian yang lebih baik dan hanya dianggap bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyekolahkan anak-anak. Sebaliknya, menurut Maslow, keperluan yang lebih rendah termasuk makanan, pakaian, dan tempat tinggal perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum menggalakkan manusia untuk mencapai tahap kehidupan yang lebih sempurna. Justeru, tujuan kajian ini ialah meneroka sejauh mana teori lima tingkat keperluan Maslow diguna pakai dalam pengurusan keperluan murid B40 khususnya bagi memotivasi murid B40 mencapai tahap pencapaian yang lebih baik dalam pendidikan. Kajian tinjauan ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan bilangan responden seramai 22 orang terdiri daripada 6 orang pentadbir sekolah, 4 orang guru dan 12 orang murid B40 Tingkatan 4 yang ditemu bual secara bersemuka. Instrumen kajian adalah protokol temu bual manakala data yang dikutip telah dianalisis secara manual. Dapatan menunjukkan, pengurusan keperluan murid B40 di daerah Kinta Utara hanya berfokus kepada memenuhi keperluan asas berbanding keperluan-keperluan yang lain. Dapatan juga menunjukkan wujud isu dan cabaran dalam pengurusan yang berkaitan dengan syarat dan kelayakan penerima, cara agihan yang tidak menyeluruh dan ketiadaan jawatankuasa yang khusus bagi membantu mengurus keperluan murid B40. Implikasi teori bagi kajian ini ialah aspek keperluan asas dalam konteks murid B40 pada masa kini bukan sahaja melibatkan makanan, minuman, pakaian seragam, buku dan wang saku sahaja tetapi turut merangkumi pengangkutan, capaian Internet, dan peralatan elektronik (gadjet). Implikasi kepada Kementerian Pendidikan Malaysia pula ialah untuk memperkemas dasar bantuan Pendidikan kepada murid B40, memberi latihan pengurusan keperluan murid B40 berdasarkan Teori Maslow, manakala di sekolah, pentadbir dan guru perlu mengurus keperluan murid B40 juga berdasarkan Teori Maslow, bukan hanya mengagihkan bantuan yang disediakan oleh KPM an agensi-agensi lain untuk murid B40. Kajian kuantitatif bagi menguji hipotesis bahawa amalan pengurusan keperluan murid B40 berdasarkan Teori Maslow dapat meningkatkan kemenjadian murid B40. |
Pages: | 153 |
Call Number: | LB1065.E736 2024 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Penerokaan amalan pengurusan keperluan murid b40 berdasarkan teori keperluan Maslow.pdf Restricted Access | Partial | 2.31 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.