Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777931
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorBity Salwana Alias, Dr.en_US
dc.contributor.authorErne Hayaty Osman (P113221)en_US
dc.date.accessioned2025-02-14T01:50:22Z-
dc.date.available2025-02-14T01:50:22Z-
dc.date.issued2024-02-12-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777931-
dc.description.abstractPengurusan keperluan dasar sedia ada bagi meningkatkan motivasi murid B40 terhadap pendidikan masih memerlukan penambahbaikan secara berterusan walaupun terdapat pelbagai bantuan dan usaha dari pelbagai pihak. Tinjauan awal mendapati dasar pengurusan keperluan murid B40 sedia ada tidak dapat memotivasikan murid B40 untuk mencapai tahap pencapaian yang lebih baik dan hanya dianggap bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyekolahkan anak-anak. Sebaliknya, menurut Maslow, keperluan yang lebih rendah termasuk makanan, pakaian, dan tempat tinggal perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum menggalakkan manusia untuk mencapai tahap kehidupan yang lebih sempurna. Justeru, tujuan kajian ini ialah meneroka sejauh mana teori lima tingkat keperluan Maslow diguna pakai dalam pengurusan keperluan murid B40 khususnya bagi memotivasi murid B40 mencapai tahap pencapaian yang lebih baik dalam pendidikan. Kajian tinjauan ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan bilangan responden seramai 22 orang terdiri daripada 6 orang pentadbir sekolah, 4 orang guru dan 12 orang murid B40 Tingkatan 4 yang ditemu bual secara bersemuka. Instrumen kajian adalah protokol temu bual manakala data yang dikutip telah dianalisis secara manual. Dapatan menunjukkan, pengurusan keperluan murid B40 di daerah Kinta Utara hanya berfokus kepada memenuhi keperluan asas berbanding keperluan-keperluan yang lain. Dapatan juga menunjukkan wujud isu dan cabaran dalam pengurusan yang berkaitan dengan syarat dan kelayakan penerima, cara agihan yang tidak menyeluruh dan ketiadaan jawatankuasa yang khusus bagi membantu mengurus keperluan murid B40. Implikasi teori bagi kajian ini ialah aspek keperluan asas dalam konteks murid B40 pada masa kini bukan sahaja melibatkan makanan, minuman, pakaian seragam, buku dan wang saku sahaja tetapi turut merangkumi pengangkutan, capaian Internet, dan peralatan elektronik (gadjet). Implikasi kepada Kementerian Pendidikan Malaysia pula ialah untuk memperkemas dasar bantuan Pendidikan kepada murid B40, memberi latihan pengurusan keperluan murid B40 berdasarkan Teori Maslow, manakala di sekolah, pentadbir dan guru perlu mengurus keperluan murid B40 juga berdasarkan Teori Maslow, bukan hanya mengagihkan bantuan yang disediakan oleh KPM an agensi-agensi lain untuk murid B40. Kajian kuantitatif bagi menguji hipotesis bahawa amalan pengurusan keperluan murid B40 berdasarkan Teori Maslow dapat meningkatkan kemenjadian murid B40.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMotivation in educationen_US
dc.subjectMotivation (Psychology)en_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePenerokaan amalan pengurusan keperluan murid B40 berdasarkan teori keperluan Maslowen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages153en_US
dc.identifier.callnoLB1065.E736 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007414en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penerokaan amalan pengurusan keperluan murid b40 berdasarkan teori keperluan Maslow.pdf
  Restricted Access
Partial2.31 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.