Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777839
Title: | Meninjau tahap kompetensi guru dalam kurikulum standard prasekolah kebangsaan di Negeri Sembilan |
Authors: | Rosmaliza Roslin (P113747) |
Supervisor: | Kamariah Abu Bakar, Dr. |
Keywords: | Competency-based education Education, Preschool Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 12-Dec-2023 |
Abstract: | Kompetensi dianggap sebagai pemangkin utama dalam menjamin pencapaian kecemerlangan dan kualiti dalam pengajaran. Guru berkemahiran mempunyai keupayaan untuk menghadapi cabaran dan membentuk pendidikan berkaliber tinggi, memupuk potensi murid yang menyeluruh. Dalam bidang pendidikan, kompetensi guru dinilai melalui pengetahuan, kemahiran, dan sikap mereka. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau kompetensi guru prasekolah di Negeri Sembilan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Kajian ini berbentuk kuantitatif menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Instrumen kajian mengandungi 39 item terdiri daripada tiga konstruk iaitu pengetahuan (10 item), kemahiran (11 item) dan sikap (18 item) yang mempunyai tahap kebolehpercayaan 0.96. Kajian ini dijalankan di Negeri Sembilan, seramai 176 orang guru prasekolah yang mengajar di Negeri Sembilan telah di pilih secara rawak sebagai responden kajian. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan program Statistic Packages for Social Science (SPSS) versi 25.0. Dapatan kajian menunjukkan guru prasekolah di Negeri Sembilan mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang tinggi dalam KSPK di prasekolah. Analisis Kolerasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam kurikulum. Manakala hasil analisis ANOVA Sehala menunjukkan terdapat perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam KSPK di prasekolah berdasarkan tahun pengalaman mengajar guru. Implikasi daripada kajian ini, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, serta memberikan bimbingan yang sesuai mengikut tahap perkembangan kanak-kanak. Selain itu, guru-guru juga boleh dilantik sebagai jurulatih utama untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran mereka kepada guru-guru yang lain dalam seminar dan bengkel. Ini kerana usaha tersebut akan membantu melahirkan generasi masa hadapan yang cemerlang dan gemilang. |
Pages: | 184 |
Call Number: | LC1032.R637 2023 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Meninjau tahap kompetensi guru dalam kurikulum standard prasekolah kebangsaan di Negeri Sembilan.pdf Restricted Access | Full-text | 112.58 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.