Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777839
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKamariah Abu Bakar, Dr.en_US
dc.contributor.authorRosmaliza Roslin (P113747)en_US
dc.date.accessioned2025-02-03T06:56:44Z-
dc.date.available2025-02-03T06:56:44Z-
dc.date.issued2023-12-12-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777839-
dc.description.abstractKompetensi dianggap sebagai pemangkin utama dalam menjamin pencapaian kecemerlangan dan kualiti dalam pengajaran. Guru berkemahiran mempunyai keupayaan untuk menghadapi cabaran dan membentuk pendidikan berkaliber tinggi, memupuk potensi murid yang menyeluruh. Dalam bidang pendidikan, kompetensi guru dinilai melalui pengetahuan, kemahiran, dan sikap mereka. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau kompetensi guru prasekolah di Negeri Sembilan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Kajian ini berbentuk kuantitatif menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Instrumen kajian mengandungi 39 item terdiri daripada tiga konstruk iaitu pengetahuan (10 item), kemahiran (11 item) dan sikap (18 item) yang mempunyai tahap kebolehpercayaan 0.96. Kajian ini dijalankan di Negeri Sembilan, seramai 176 orang guru prasekolah yang mengajar di Negeri Sembilan telah di pilih secara rawak sebagai responden kajian. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan program Statistic Packages for Social Science (SPSS) versi 25.0. Dapatan kajian menunjukkan guru prasekolah di Negeri Sembilan mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang tinggi dalam KSPK di prasekolah. Analisis Kolerasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam kurikulum. Manakala hasil analisis ANOVA Sehala menunjukkan terdapat perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam KSPK di prasekolah berdasarkan tahun pengalaman mengajar guru. Implikasi daripada kajian ini, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, serta memberikan bimbingan yang sesuai mengikut tahap perkembangan kanak-kanak. Selain itu, guru-guru juga boleh dilantik sebagai jurulatih utama untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran mereka kepada guru-guru yang lain dalam seminar dan bengkel. Ini kerana usaha tersebut akan membantu melahirkan generasi masa hadapan yang cemerlang dan gemilang.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectCompetency-based educationen_US
dc.subjectEducation, Preschoolen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleMeninjau tahap kompetensi guru dalam kurikulum standard prasekolah kebangsaan di Negeri Sembilanen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages184en_US
dc.identifier.callnoLC1032.R637 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007344en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Meninjau tahap kompetensi guru dalam kurikulum standard prasekolah kebangsaan di Negeri Sembilan.pdf
  Restricted Access
Full-text112.58 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.