Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777543
Title: Peranan Polygonum minus sebagai perencat enzim penukar angiotensin dalam sel endotelium vena umbilikus manusia
Authors: Nur Syakirah Othman (P100236)
Supervisor: Azizah Ugusman, Prof. Madya. Dr.
Amilia Aminuddin, Dr.
Adila A. Hamid, Dr.
Keywords: Hypertension
Antihypertensive Agents
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2-Dec-2021
Abstract: Hipertensi bukanlah penyakit yang asing di kalangan rakyat Malaysia mahupun di dunia. Penglibatan sistem renin angiotensin (RAS) yang aktif secara berlebihan memainkan peranan penting dalam patogenesis hipertensi. Salah satu komponen RAS iaitu enzim penukar angiotensin (ACE), berperanan menghidrolisis angiotensin (Ang) I kepada Ang II. Ang II yang mengikat kepada reseptor Ang II jenis 1 (AT1R) menghasilkan kesan vasokonstriksi dan meningkatkan tekanan darah. Perencat ACE seperti captopril, enalapril dan perindopril digunakan secara rutin untuk merawat hipertensi. Namun begitu, ubat-ubatan ini mempunyai pelbagai kesan sampingan seperti batuk, angioedema, kegagalan ginjal dan kesan buruk kepada kehamilan. Polygonum minus Huds. merupakan tumbuhan herba yang dilaporkan mempunyai pelbagai kesan farmakologi seperti antioksidan, antihiperlipidemia dan antiinflamasi. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka potensi P. minus sebagai perencat ACE dalam sel endotelium vena umbilikus manusia (HUVEC) yang diaruh dengan pencetus ACE, forbol 12- miristat 13-asetat (PMA). Kultur HUVEC dibahagikan kepada lima kumpulan; kawalan, rawatan dengan 400 μg/mL ekstrak akueus piawai daun P. minus (AEPM), aruhan dengan 200 nM PMA, rawatan serentak dengan 200 nM PMA dan 400 μg/mL AEPM dan kawalan positif rawatan bersama 200 nM PMA dan 0.06 μM captopril. Selepas eraman selama 24 jam, aktiviti ACE ditentukan menggunakan asai kolorimetri manakala aras protein ACE dan Ang II diukur menggunakan asai imunosorben pautan enzim (ELISA). Aruhan HUVEC dengan PMA menyebabkan peningkatan protein ACE (P < 0.001), aktiviti ACE (P < 0.01) dan Ang II (P < 0.001). Rawatan HUVEC teraruh PMA dengan AEPM berjaya menurunkan aras protein ACE (P < 0.001), aktiviti ACE (P < 0.01) dan Ang II (P < 0.01). Kesan perencatan AEPM ke atas aktiviti ACE adalah setara dengan kesan captopril. Kesimpulannya, P. minus berupaya merencat tapak jalan ACE dalam HUVEC teraruh PMA. Oleh itu, P. minus memiliki potensi untuk dikembangkan sebagai agen antihipertensi pada masa hadapan.
Notes: e-tesis
Pages: 109
Call Number: QT20.5.N974p 2021 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Peranan Polygonum minus sebagai perencat enzim penukar angiotensin dalam sel endotelium vena umbilikus manusia.pdf
  Restricted Access
Full-text1.42 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.