Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777543
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Azizah Ugusman, Prof. Madya. Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Amilia Aminuddin, Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Adila A. Hamid, Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Nur Syakirah Othman (P100236) | en_US |
dc.date.accessioned | 2025-01-13T07:46:01Z | - |
dc.date.available | 2025-01-13T07:46:01Z | - |
dc.date.issued | 2021-12-02 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777543 | - |
dc.description.abstract | Hipertensi bukanlah penyakit yang asing di kalangan rakyat Malaysia mahupun di dunia. Penglibatan sistem renin angiotensin (RAS) yang aktif secara berlebihan memainkan peranan penting dalam patogenesis hipertensi. Salah satu komponen RAS iaitu enzim penukar angiotensin (ACE), berperanan menghidrolisis angiotensin (Ang) I kepada Ang II. Ang II yang mengikat kepada reseptor Ang II jenis 1 (AT1R) menghasilkan kesan vasokonstriksi dan meningkatkan tekanan darah. Perencat ACE seperti captopril, enalapril dan perindopril digunakan secara rutin untuk merawat hipertensi. Namun begitu, ubat-ubatan ini mempunyai pelbagai kesan sampingan seperti batuk, angioedema, kegagalan ginjal dan kesan buruk kepada kehamilan. Polygonum minus Huds. merupakan tumbuhan herba yang dilaporkan mempunyai pelbagai kesan farmakologi seperti antioksidan, antihiperlipidemia dan antiinflamasi. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka potensi P. minus sebagai perencat ACE dalam sel endotelium vena umbilikus manusia (HUVEC) yang diaruh dengan pencetus ACE, forbol 12- miristat 13-asetat (PMA). Kultur HUVEC dibahagikan kepada lima kumpulan; kawalan, rawatan dengan 400 μg/mL ekstrak akueus piawai daun P. minus (AEPM), aruhan dengan 200 nM PMA, rawatan serentak dengan 200 nM PMA dan 400 μg/mL AEPM dan kawalan positif rawatan bersama 200 nM PMA dan 0.06 μM captopril. Selepas eraman selama 24 jam, aktiviti ACE ditentukan menggunakan asai kolorimetri manakala aras protein ACE dan Ang II diukur menggunakan asai imunosorben pautan enzim (ELISA). Aruhan HUVEC dengan PMA menyebabkan peningkatan protein ACE (P < 0.001), aktiviti ACE (P < 0.01) dan Ang II (P < 0.001). Rawatan HUVEC teraruh PMA dengan AEPM berjaya menurunkan aras protein ACE (P < 0.001), aktiviti ACE (P < 0.01) dan Ang II (P < 0.01). Kesan perencatan AEPM ke atas aktiviti ACE adalah setara dengan kesan captopril. Kesimpulannya, P. minus berupaya merencat tapak jalan ACE dalam HUVEC teraruh PMA. Oleh itu, P. minus memiliki potensi untuk dikembangkan sebagai agen antihipertensi pada masa hadapan. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | en_US |
dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Hypertension | en_US |
dc.subject | Antihypertensive Agents | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Peranan Polygonum minus sebagai perencat enzim penukar angiotensin dalam sel endotelium vena umbilikus manusia | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.description.notes | e-tesis | en_US |
dc.format.pages | 109 | en_US |
dc.identifier.callno | QT20.5.N974p 2021 9HUKMPRA tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 00002247121 | en_US |
dc.format.degree | Ijazah Sarjana Sains Perubatan (Fisiologi) | en_US |
dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Peranan Polygonum minus sebagai perencat enzim penukar angiotensin dalam sel endotelium vena umbilikus manusia.pdf Restricted Access | Full-text | 1.42 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.