Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777530
Title: | Pengujian model nilai sosial sebagai peramal kesejahteraan psikologi remaja delinkuen: pembentukan identiti dan konsep kendiri sebagai pengantara |
Authors: | Siti Marhamah Kamarul Arifain (P94510) |
Supervisor: | Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Prof Madya Dr. Abdul Rahman Ahmad Badayai, Dr. Nurul-Azza Abdullah, Dr. |
Keywords: | Social values Psychology Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 19-Apr-2023 |
Abstract: | Isu kesejahteraan psikologi remaja di Malaysia amat membimbangkan kerana kurang penghayatan nilai sosial sehingga menyebabkan mereka terlibat di dalam tingkah laku delinkuen. Masalah dalam pembentukan nilai sosial, identiti dan konsep kendiri memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan psikologi remaja. Oleh sebab itu, kajian ini dilakukan untuk menguji model pembentukan identiti dan konsep kendiri sebagai pengantara dalam hubungan antara nilai sosial dengan kesejahteraan psikologi remaja delinkuen di Semenanjung Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk keratan rentas yang dijalankan di Sekolah Tunas Bakti (STB) di Semenanjung Malaysia yang melibatkan negeri Terengganu, Pahang, Melaka, Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang. Kajian ini melibatkan seramai 296 orang sampel kajian melalui persampelan rawak berstrata berdasarkan saiz populasi setiap STB di Semenanjung Malaysia yang terpilih. Data kajian kuantitatif dikumpul melalui kaedah tinjauan berdasarkan empat instrumen iaitu Instrumen Nilai Sosial yang dibina oleh pengkaji, Instrumen Extended Objective Measure of Ego Identity Status-II (EOM-EIS- II), Instrumen Skala Konsep Kendiri Tennessee-2 (TSCS:2) serta Instrumen EPOCH Measure of Adolescent Well-Being digunakan untuk mengukur nilai sosial, pembentukan identiti, konsep kendiri dan kesejahteraan psikologi remaja. Perisian AMOS digunakan untuk menguji pengaruh antara pembolehubah. Hasil analisis SEM mendapati pengujian model ini mempunyai padanan yang baik. Keputusan kajian turut mendapati pembentukan identiti tidak berperanan sebagai pengantara manakala konsep kendiri berperanan sebagai pengantara yang penting dalam hubungan antara nilai sosial dan kesejahteraan psikologi. Kajian ini memberikan implikasi yang penting kepada teori, metodologi dan praktikal. Dari segi implikasi terhadap teori, kajian ini mengesahkan bahawa remaja yang mempunyai konsep kendiri yang sihat melalui perhubungan diri sendiri dan orang lain dapat mencapai kesejahteraan psikologi. Ciri-ciri ini dapat membantu mengurangkan masalah tingkah laku delinkuen di Malaysia. Dari segi implikasi metodologi, instrumen yang digunakan dalam kajian ini mencapai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi sekaligus mampu menghasilkan dapatan yang tepat dan boleh dipercayai. Dari segi implikasi praktikal pula, dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai panduan kepada pengamal untuk memberi penumpuan dalam perkembangan konsep kendiri remaja melalui merangka modul-modul intervensi yang bersesuaian dalam memperkasakan kesejahteraan psikologi remaja. |
Pages: | 337 |
Call Number: | HM681.S568 2023 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pengujian model nilai sosial sebagai peramal kesejahteraan psikologi remaja delinkuen-pembentukan identiti dan konsep kendiri sebagai pengantara.pdf Restricted Access | Partial | 762.54 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.