Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777530
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Shahrazad Wan Sulaiman, Prof Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorAbdul Rahman Ahmad Badayai, Dr.en_US
dc.contributor.advisorNurul-Azza Abdullah, Dr.en_US
dc.contributor.authorSiti Marhamah Kamarul Arifain (P94510)en_US
dc.date.accessioned2025-01-10T00:56:58Z-
dc.date.available2025-01-10T00:56:58Z-
dc.date.issued2023-04-19-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777530-
dc.description.abstractIsu kesejahteraan psikologi remaja di Malaysia amat membimbangkan kerana kurang penghayatan nilai sosial sehingga menyebabkan mereka terlibat di dalam tingkah laku delinkuen. Masalah dalam pembentukan nilai sosial, identiti dan konsep kendiri memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan psikologi remaja. Oleh sebab itu, kajian ini dilakukan untuk menguji model pembentukan identiti dan konsep kendiri sebagai pengantara dalam hubungan antara nilai sosial dengan kesejahteraan psikologi remaja delinkuen di Semenanjung Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk keratan rentas yang dijalankan di Sekolah Tunas Bakti (STB) di Semenanjung Malaysia yang melibatkan negeri Terengganu, Pahang, Melaka, Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang. Kajian ini melibatkan seramai 296 orang sampel kajian melalui persampelan rawak berstrata berdasarkan saiz populasi setiap STB di Semenanjung Malaysia yang terpilih. Data kajian kuantitatif dikumpul melalui kaedah tinjauan berdasarkan empat instrumen iaitu Instrumen Nilai Sosial yang dibina oleh pengkaji, Instrumen Extended Objective Measure of Ego Identity Status-II (EOM-EIS- II), Instrumen Skala Konsep Kendiri Tennessee-2 (TSCS:2) serta Instrumen EPOCH Measure of Adolescent Well-Being digunakan untuk mengukur nilai sosial, pembentukan identiti, konsep kendiri dan kesejahteraan psikologi remaja. Perisian AMOS digunakan untuk menguji pengaruh antara pembolehubah. Hasil analisis SEM mendapati pengujian model ini mempunyai padanan yang baik. Keputusan kajian turut mendapati pembentukan identiti tidak berperanan sebagai pengantara manakala konsep kendiri berperanan sebagai pengantara yang penting dalam hubungan antara nilai sosial dan kesejahteraan psikologi. Kajian ini memberikan implikasi yang penting kepada teori, metodologi dan praktikal. Dari segi implikasi terhadap teori, kajian ini mengesahkan bahawa remaja yang mempunyai konsep kendiri yang sihat melalui perhubungan diri sendiri dan orang lain dapat mencapai kesejahteraan psikologi. Ciri-ciri ini dapat membantu mengurangkan masalah tingkah laku delinkuen di Malaysia. Dari segi implikasi metodologi, instrumen yang digunakan dalam kajian ini mencapai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi sekaligus mampu menghasilkan dapatan yang tepat dan boleh dipercayai. Dari segi implikasi praktikal pula, dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai panduan kepada pengamal untuk memberi penumpuan dalam perkembangan konsep kendiri remaja melalui merangka modul-modul intervensi yang bersesuaian dalam memperkasakan kesejahteraan psikologi remaja.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationSocial Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectSocial valuesen_US
dc.subjectPsychologyen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengujian model nilai sosial sebagai peramal kesejahteraan psikologi remaja delinkuen: pembentukan identiti dan konsep kendiri sebagai pengantaraen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages337en_US
dc.identifier.callnoHM681.S568 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007401en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.