Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777494
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Ishak Shari | - |
dc.contributor.author | Jomo Kwame Sundaram | - |
dc.date.accessioned | 2025-01-03T08:57:21Z | - |
dc.date.available | 2025-01-03T08:57:21Z | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777494 | - |
dc.description.abstract | Pada 31hb. Ogos 1982, pemerintah Malaysia telah merayakan ulang tahun ke-25 Hari Kemerdekaan apabila kuasa rasmi telah diserahkan oleh penjajah British kepada pihak berkuasa tempatan yang diwakili oleh kerajaan Parti Perikatan yang dipimpin oleh Tunku Abul Rahman. Perubahan khususnya dalam bidang ekonomi yang telah berlaku dalam 25 tahun kebelakangan ini tidak dapat dinafikan lagi, terutama sekali dari segi kadar pertumbuhan ekonomi yang agak pesat. Sebagai contoh, kadar pertumbuhan tahunan keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Semenanjung Malaysia telah meningkat pada puratanya sebanyak 5.8% dalam jangkamasa 1957 - 1970 (V.V.B Rao, 1976) manakala KDNK sebenar seluruh Malaysia telah meningkat pada puratanya sebanyak 7.8% setahun di antara 1971 dan 1980 (RMK4). Secara lebih terperinci, terdapat beberapa perubahan penting yang sering diberi perhatian oleh pihak-pihak tertentu. Perkembangan industri pada zaman lepas Merdeka sudah melibatkan dua tahap, iaitu penggantian impot dari penghujung tahun 1950an sehingga pertengahan tahun 1960an, dan perindustrian bertujuan ekspot sejak penghujung tahun 1960an. Usaha-usaha pembangunan desa, yang ditumpukan terhadap kaum tani, juga jauh berbeza dengan sikap dan dasar 'pengabaian' pihak penjajah British. Pada mulanya, usaha-usaha demikian bertujuan memperkukuhkan kaum tani yang memiliki tanah (yeoman peasantry), tetapi semenjak penghujung tahun 1970an, lebih banyak tumpuan diberikan kepada usaha untuk memajukan pertanian kapitalis, yang melibatkan ladang-ladang besar dan pengumpulan modal secara lebih pesat. Usaha-usaha pemerintah untuk mempelbagaikan ekonomi tidak hanya melibatkan usaha mempelbagaikan pertanian (misalnya dengan pengenalan kelapa sawit, koko dll), tetapi juga pertumbuhan pelbagai jenis industri - yang menggantikan impot dan yang bertujuan ekspot, termasuk industri yang berasaskan sumber-sumber utama tempatan. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.subject | Pembangunan ekonomi -- Malaysia | en_US |
dc.subject | Dasar ekonomi baru | en_US |
dc.subject | Agihan pendapatan | en_US |
dc.title | Apakah dasar ekonomi baru dapat mencapai perpaduan kebangsaan? Pembangunan dan ketidaksamaan 25 tahun selepas merdeka | en_US |
dc.type | Seminar Papers | en_US |
dc.format.volume | j.3 | en_US |
dc.format.pages | 1-41 | en_US |
dc.identifier.callno | DS523.2.M62 1983c j.3 semkat | en_US |
dc.contributor.conferencename | Modernisasi dan Keperibadian Budaya Bangsa | - |
dc.coverage.conferencelocation | Universiti Malaya, Kuala Lumpur | - |
dc.date.conferencedate | 1983-01-10 | - |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.