Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777492
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Anuwar Ali | - |
dc.date.accessioned | 2025-01-03T08:50:51Z | - |
dc.date.available | 2025-01-03T08:50:51Z | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777492 | - |
dc.description.abstract | Peranan sektor perindustrian, sungguhpun masih kecil dari segi sumbangannya kepada pengeluaran negara dan gunaan tenaga, telah mendapat perhatian yang begitu banyak di negara ini semenjak awal tahun 1960-an. Berbagai polisi telah dimajukan untuk menambahkan peranannya; termasuk galakan-galakan cukai yang dimaktubkan di bawah Akta Galakan Pelaburan 1968, perlindungan tarif, persediaan ladang-ladang perindustrian dan lain-lain lagi. Tujuan utama polisi-polisi tersebut adalah untuk mendorong kemasukan pelaburan asing melalui syarikat-syarikat antarabangsa dari negara-negara maju. Golongan pemodal tempatan juga tidak ketinggalan mengambil kesempatan untuk memperluaskan aktiviti mereka ke bidang perindustrian, sungguhpun peranan mereka tidaklah begitu besar dibandingkan dengan pemodal-pemodal asing. Kemasukan pelaburan asing telah menggalakkan pertumbuhan sektor perindustrian dengan pesatnya dibandingkan dengan sektor-sektor lain¹. Dan ini juga adalah lanjutan dari tumpuan yang diberi oleh pihak pemerintahan terhadap sektor ini. Teknologi, corak pengurusan dan penempatan modal di industri-industri tertentu telah juga mempengaruhi kadar pertumbuhan sektor ini. Tetapi pertumbuhan yang pesat ini adalah dikaitkan dengan kenaikan daya pengeluaran sahaja dan kurang dari segi penyerapan gunatenaga. Oleh yang demikian tujuan pemerintahan untuk mengurangkan kadar pengangguran terutama sekali di kawasan bandar tidak mencapai kejayaan yang diharapkan. Masalah pengangguran ini bertambah rumit jika kita lihat dari segi penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar, khususnya di kalangan pemuda-pemuda. Penghijrahan ini boleh dikaitkan dengan proses urbanasasi penduduk Melayu dan ini merupakan satu aspek yang penting di dalam proses pembangunan; ianya boleh menimbulkan beberapa implikasi ke atas hubungan etnik. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.subject | Sektor perindustrian | en_US |
dc.subject | Pertumbuhan ekonomi | en_US |
dc.subject | Agihan pendapatan | en_US |
dc.title | Pelaburan, perindustrian dan pekerjaan: implikasinya ke atas hubungan etnik di Malaysia | en_US |
dc.type | Seminar Papers | en_US |
dc.format.volume | j.3 | en_US |
dc.format.pages | 1-13 | en_US |
dc.identifier.callno | DS523.2.M62 1983c j.3 semkat | en_US |
dc.contributor.conferencename | Modernisasi dan Keperibadian Budaya Bangsa | - |
dc.coverage.conferencelocation | Universiti Malaya, Kuala Lumpur | - |
dc.date.conferencedate | 1983-01-10 | - |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.