Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777487
Title: Gerakan Islam di dunia Melayu - tuntutan zaman dan cabaran lingkungan
Authors: ABIM Kelantan
Conference Name: Dialog Pantai 1 : Lautan Timur Asas Penyatuan Budaya Melayu
Keywords: Gerakan Islam
Perundangan Islam
Conference Date: 1994-06-02
Abstract: Dengan memberikan perhatian khusus kepada Dunia Melayu kita tidak bermaksud untuk memupuk asabiah atas dasar persamaan darah dan kesatuan daerah. Kita hanya ingin menghadapi realiti ciptaan Tuhan scadanya, realiti bahawa manusia diciptakan bersuku-suku dan berbangsa-bangsa, bertaburan di pelbagai negara dan benua, masing-masing menjalani liku-liku sejarah yang berbeda-beda, lantas terbinalah keanekaragaman tamadun dan budaya. Kita juga tidak bermaksud untuk memencilkan gerakan Islam rantau ini dari rangkaian gerakan umat di seluruh dunia. Malah kita akan terus memupuk solidariti ukhuwwah Islamiah scjagat dan akan terus menjadi anggota aktif dalam wadah- wadah Islam antarabangsa. Peranan dan semangat setiakawan rantau ini dalam rangkaian kesatuan ummah Islamiah telah kerapkali terbukti dalam sejarah. Kita memang tidak pernah "absen" dari setiap pergolakan sejarah yang melibatkan untung nasib umat Islam di pelbagai rantau dunia. Para seja- rawan kita telah lama membuktikan bahawa berkat kedatang- an Islam, Dunia Melayu - buat pertama kalinya telah ikut terlibat dalam proses gerakan sejarah yang teren ang melintasi sepanjang benua Afrika dan Asia, lantas menghubungkannya pula dengan seluruh persoalan sejarah Eropah Barat. Semuanya ini telah terjadi sejak lama sebelum kedatangan Portugis pada permulaan abad 16M. Gerakan Pan-Islam yang merupakan penentang utama imperialisme Barat pada abad 19M itu sebenarnya telahpun wujud beroperasi di rantau Melayu seawal abad 13 - 16M. Pertarungan sengit di antara Pan- Islamisme dan imperialisme Barat di rantau ini sebenarnya adalah lanjutan dari pertarungan di antara Islam dengan kuasa-kuasa Barat yang pada mulanya tertumpu di kawasan Mediterranean tetapi kemudiannya telah merebak luas ke rantau-rantau dunia yang lain.
Pages: 1-24
Call Number: DS601.D524 1994 n.1 sem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777487
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.