Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777484
Title: | Tamadun Melayu wilayah pantai timur : asas pertumbuhan dan perkembangannya |
Authors: | Wan Hashim Wan Teh |
Conference Name: | Dialog Pantai 1 : Lautan Timur Asas Penyatuan Budaya Melay |
Keywords: | Tamadun Melayu Kerajaan Melayu Kuno Persuratan Melayu |
Conference Date: | 1994-06-02 |
Conference Location: | Kota Bharu, Kelantan |
Abstract: | Ada beberapa kaedah atau ukuran yang sering digunakan untuk melihat perkembangan tamadun Melayu di zaman silam. Salah satu daripadanya ialah melihat pencapaian dari segi politik menerusi kewujudan dan pembinaan sesebuah kerajaan yang gagah atau sesebuah empayer yang besar. Dengan menggunakan kewujudan sesebuah kerajaan sebagai titik permulaan, akan dikaji pula faktor-faktor lain yang mendokong dan memberi kekuatan kepada sesebuah kerajaan itu. Sudah tentunya faktor yang mendokong dan memberi kekuatan kepada sesebuah kerajaan itu adalah pelbagai seperti ketenteraan, ekonomi, dan unsur-unsur asas dalam bidang kebudayaan seperti bahasa, agama, kesusasteraan, kesenian, pencapaian teknologi, dan sebagainya. Mengimbas kembali ke zaman silam bagi tujuan melihat kepada suatu tahap perkembangan tamadun Melayu yang ditakrifkan sebagai 'zaman kegemilangan', para sejarawan dan juga ilmuah tidak dapat lari daripada menyebut tiga empayer Melayu yang sudah diketahui umum iaitu Empayer Seri Wijaya (abad ke-7 hingga ke-13), Empayer Majapahit (abad ke-13 hingga 14) dan Empayer Melaka (abad ke-15). Walaupun Melaka dianggap sebagai kemuncak kepada perkembangan tamadun Melayu di zaman silam kerana keluasan wilayahnya, faktor agama dan ekonomi perdagangan yang begitu mantap, tetapi Melaka merupakan sebuah empayer yang paling pendek umurnya (kira-kira 100 tahun sahaja) dibandingkan dengan empayer dan kerajaan-kerajaan Melayu lainnya yang wujud dari awal kurun Masehi sehingga kurun ke-19. |
Pages: | 1-22 |
Call Number: | DS601.D524 1994 n.1 sem |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777484 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.