Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777481
Title: | Laut Cina Selatan: cabaran keupayaan dan keintelektualan |
Authors: | Syed Othman Syed Omar |
Conference Name: | Dialog Pantan 1 : Lautan Timur Asas Penyatuan Budaya Melayu |
Keywords: | Cendekiawan Orang Melayu Pelaut |
Conference Date: | 1994-06-02 |
Conference Location: | Kota Bharu, Kelantan |
Abstract: | Kepentingan laut dan lautan kepada manusia sebagai jalanraya air dan angin, selain daripada jalan darat yang terbatas, sudah diketahui umum. Manusia telah menggunakan jalan laut untuk menjelajah dunia baru setelah merasakan jalan daratan terbatas dan dibataskan oleh sesuatu kuasa tertentu. Colombus meneroka jalan laut pertama setelah Kerajaan Othmaniah Turki menutup jalan daratan dari Eropah ke Asia. demikianlah dalam siri-siri berikutnya, tahun 1519 Fernando de Magalhaes atau lebih terkenal dengan nama Ferdinand Magellan, pelaut bangsa Portugis tetapi menjadi rakyat Sepanyol, telah mengeliling dunia melalui lautan. Magellan belayar sepanjang pantai Amerika Selatan, mengharungi Lautan Pasifik, singgah di pulau Guam, dan memasuki laut kepulauan Filipina pada tahun 1521. Kerana sesuatu angkara ketika Magellan berada di pulau Mactan, berlaku perkelahian dan menyebabkan Magellan dibunuh. Ketika ini Magellan sudah memasuki perairan Laut China Selatan yang kaya dengan pulau-pulaunya. Oleh sebab Magellan terbunuh, teman-temannya telah belayar ke Kalimantan dan ke Maluku. Akhirnya kapal Victoria, satu-satunya yang terselamat, telah sampai balik ke Sepanyol. Apa yang sangat menarik perhatian kita tentang pelayaran Magellan menyusur Laut Cina Selatan dan segala peristiwa yang berlaku, ialah adanya seorang penulis Itali dalam kapal itu bernama Antonio Pigafetta yang telah menulis kisah pelayaran dan apa yang dilihatnya. Kepekaan Pigafetta terhadap dunia Melayu dan penduduknya menyebabkan beliau menulis sebuah daftar kata yang dikenal sebagai kamus Melayu yang pertama dalam bahasa Itali. |
Pages: | 1-13 |
Call Number: | DS601.D524 1994 n.1 sem |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777481 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.