Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777305
Title: Filem sebagai penyata kebudayaan kebangsaan
Authors: S. Roomai Nor
Conference Name: Asas Kebudayaan Kebangsaan
Keywords: Filem Melayu
Industri perfileman
Conference Date: 1971-08-16
Conference Location: Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Abstract: Sampailah masanya saya sebagai salah seorang yang telah diberi tugas untuk membuat sebuah kertaskerja tentang "Filem sebagai Penyata Ke- budayaan Kebangsaan", sebagai suatu pokok yang boleh dikatakan baru dalam masyarakat Malaysia. Saya telah menyambut tugas ini dengan sepenuh hati dan berharap mudah-mudahan sumbangan saya ini akan dapat dikupas dan dirumuskan oleh para sidang Kongres yang terhormat sehingga akan melahirkan suatu bibit pembangunan yang sungguh-sungguh bernas, kelak akan dapat pula ditanami, dibajai dan dijagai dengan penuh minat dan azam sehingga mengeluarkan hasil yang dapat dibanggakan oleh seluruh bangsa yang berketurunan dari berbagai-bagai kaum di Malaysia ini. Memperkatakan Filem Sebagai Penyata Kebudayaan Kebangsaan sekali lalu akan menimbulkan suatu pembicaraan yang mungkin mendatangkan kesangsian dalam makna yang sebenarnya. Oleh kerana peranan filem bukanlah hanya ditujukan kepada kebudayaan semata-mata bahkan juga kepada berbagai-bagai maksud yang tertentu oleh para penerbitnya, ter- istimewa dalam masyarakat yang telah maju dan teratur, kedudukan filem ialah dijadikan sebagai satu alat hiburan dan pendidikan umum di samping propaganda dan penerangan seperti di negara-negara barat. Di samping kepentingan itu juga filem adalah sebagai alat untuk mendukung dan mengembangkan kebudayaan mereka. Hingga di suatu ketika yang tidak berapa lama dulu sebelum lahirnya talivisyen, perindustrian filem di negara- negara barat telah menghasilkan filem-filem hiburan bagi seluruh rakyat di serata dunia telah mencapai kedudukan yang begitu tinggi hingga tetapi ini sudah menjadi merupakan industri yang kedua pentingnya rukun alam tiap-tiap yang tinggi kedudukannya akan tidak berkekalan dan ia harus memberi peluang kepada yang lainnya menduduki di tempat Setingkat demi setingkat ia menurun andainya bila sudah sampai ke maksima penurunan dan tidak diperjuangkan kembali dengan teknik-teknik baru serta dengan penuh azam dan tenaga maka dengan sendirinya perindustrian filem di negara-negara barat itu akan lenyap dan berkubur dengan tidak mempunyai tanda.
Pages: 355-374
Call Number: DS594.K6 1971 semkat
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777305
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.