Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777293
Title: | Senitarian Melayu dalam usaha mengujudkan keperibadian kebangsaan |
Authors: | Premilla Ganeshan |
Conference Name: | Asas Kebudayaan Kebangsaan |
Keywords: | Seni tarian Tarian Melayu Tarian India Tarian Cina |
Conference Date: | 1971-08-16 |
Conference Location: | Universiti Malaya, Kuala Lumpur |
Abstract: | Sejak dari mula lagi keindahan yang terdapat pada sebarang bentuk kesenian telah mengkagumkan manusia dalam berbagai-bagai cara! Ini- lah yang merupakan kuasa tarikan yang ada pada kesenian secara am- nya. Kekuasaan, keindahan, kekayaan dan kehalusan sifat-sifat. tik” yang ada pada seni inilah yang memikat manusia dan menawannya. tetik" yang ada pada seni inilah yang memikat manusia dan menawannya. Tidak kira apa bentuk kesenian sekalipun samada tarian, muzik, drama, lukisan, ukiran dan sebagainya yang mana merupakan bahagian-bahagian yang terdapat di dalam apa yang dinamakan "The Fine Arts" yang ber- jumlah 64 bahagian kesemuanya, ianya telah memberikan kepada se- barang manusia satu perasaan yang selalu dicari-cari iaitu "kegembiraan". Kegembiraan yang didapati dari sebarang bentuk kesenian akan lebih me- muaskan bukan sahaja terhad kepada diri perseorangan saja tetapi ke- gembiraan itu akan lebih memuaskan dengan menghiburkan orang lain. Ini jelas terdapat pada senitari yang mana penarinya bukan saja ber- gembira berseorangan saja tetapi ia dapat membuat orang lain juga gem- bira. Rumi, seorang penyair Parsi pernah mengatakan bahawa barang siapa yang mengetahui tentang kekuasaan yang ada pada senitari dia dapat me- mikat tuhannya. Tarian adalah merupakan kehidupan "Estetik" yang tinggi darjatnya kenyataan ini menunjukkan segala ciri-ciri yang "in- clusive" dan memberi makna yang mendalam. Tarian-tarian dapat meng- hapuskan segala jurang perbezaan di antara manusia samada perbezaan dari segi negeri yang berlainan, perbezaan dari segi ugama, perbezaan dari segi bahasa, kasta, darjat, pangkat dan lain-lain ataupun perbezaan-per- bezaan yang terdapat dari segi bentuk seni itu sendiri. Oleh kerana itu, bentuk kesenian yang telah berkembang dengan majunya iaitu senitari ada- lah merupakan warisan yang dipusakai oleh kebanyakan negeri di dunia ini dan memainkan peranan penting dalam proses perkembangan berbagai- bagai bentuk kebudayaan dengan mempunyai variasi-variasi tarian yang tersendiri pula. |
Pages: | 271-287 |
Call Number: | DS594.K6 1971 semkat |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777293 |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.