Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777291
Title: Senitarian Melayu dalam usaha mengujudkan identiti kebangsaan
Authors: Jaafar Mampak
Conference Name: Asas Kebudayaan Kebangsaan
Keywords: Seni tarian
Tarian Melayu
Tarian tradisional
Conference Date: 1971-08-16
Conference Location: Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Abstract: Sebelum saya menyatakan dan menghuraikan pendapat saya berkenaan Tarian Melayu Lama atau Asli, saya suka memberi pandangan saya ber- kenaan perkataan "Seni" bagi pendapat awam dan buat membetulkan kesilapan saya yang terpendam selama ini. Seni ialah satu benda yang sangat halus hingga tidak dapat dipandang dengan mata kasar, iaitu seperti "khayal" atau ingatan dan cita-cita sahaja. Maka fikiran yang terdengar-dengar di telinganya itu pun digubahkan men- jadi lagu atau muzik. Kemudian orang-orang yang pandai dari segi suara pula menyanyikan lagu-lagu itu dan yang pandai dari segi gerak-geri badan diciptanya pula tarian mengikut irama lagu itu, maka inilah yang jadi budaya tarian kita. Tetapi di Malaysia ini di zaman dahulu tidak ada yang pandai atau tahu membuat notes, jadi lagu-lagu dan tarian-tarian itu dinyanyikan dan ditarikan mengikut pendapat dengan tidak ber- sekolah. Malahan tidak seorang ibubapa yang membenarkan anak-anak mereka belajar tarian Melayu kerana mereka pandang perbuatan itu adalah keji. Demikian juga si suami tidak berani menari di hadapan isteri yang mana boleh menemui perbalahan. Tetapi ada dua jenis tarian yang di- benarkan dan disukai oleh ibubapa di masa lampau dan yang setahu saya semenjak tahun 1915 sewaktu saya masih berumur dalam 12 tahun, iaitu tarian Zapin dan Tari Inai atau Piring. Kedua-dua tarian ini di- tarikan dalam majlis dan istiadat yang tertentu seperti nikah kahwin. Tambahan pula tarian-tarian ini hanyalah ditarikan oleh pemuda-pemuda sahaja, tidak seperti Joget atau Ronggeng yang ditarikan oleh orang- orang dewasa bersama penari-penari perempuan upahan "Professional" di dalam temasya yang lain.
Pages: 249-255
Call Number: DS594.K6 1971 semkat
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777291
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.