Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777290
Title: Senitari Malaysia dan menggalakkan perkembangannya
Authors: Mahfudz Hamid
Conference Name: Asas Kebudayaan Kebangsaan
Keywords: Seni tarian
Tarian asli
Tarian Melayu
Conference Date: 1971-08-16
Conference Location: Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Abstract: Pada suatu masa dahulu saya pernah ditemui oleh seorang ayah kepada seorang anak gadis Melayu yang ada berserta di dalam kumpulan senitari yang pernah saya kelolakan di Ibukota, yang berkata: "Saya tidak mengizinkannya mengambil bahagian dalam sebarang pertunjukan di tengah melarang anak saya berlatih dan belajar senitari, tetapi saya tidak dapat orangramai." Apabila anak gadis itu diberitahu tentang keputusan ayah- nya itu, ia telah mengambil sikap: "Kalau sudah begitu apalah gunanya saya belajar dan berlatih senitari!" Pendirian atau sikap seperti ini kerap terdapat dalam kalangan ma- syarakat Melayu, kerana senitari belum pernah merupakan suatu amalan hidup dalam kebudayaan Melayu. Kenyataan seperti ini kurang terdapat di antara orang-orang daripada keturunan lain di Malaysia ini yang di dalam tradisi kebudayaan mereka ada terdapat senitari. Di masa lampau perkembangan senitari Melayu hanya terbatas di kalangan seniman dan seniwati, dan perkembangan itu pun tidak merupakan perkembangan yang kekal berpanjangan. Kalau adapun di masa-masa terakhir ini terdapat tanda-tanda yang menunjukkan bahawa senitari Melayu sudah mulai ber- kembang, tetapi sebagai satu cabang kebudayaan ia belum mendapat kedudu- kan dan penerimaan dalam cara hidup masyarakat Melayu.
Pages: 245-248
Call Number: DS594.K6 1971 semkat
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777290
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.