Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777280
Title: Muzik Malaysia jenis berat (Seriosa) dan kedudukannya dalam masyarakat Malaysia baharu
Authors: Ariff Ahmad
Conference Name: Asas Kebudayaan Kebangsaan
Keywords: Seni muzik
Muzik klasik
Industri muzik
Conference Date: 1971-08-16
Conference Location: Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Abstract: Muzik jenis berat atau klasik atau dengan nama yang digunakan pada masa ini 'seriosa' (daripada perkataan Inggeris "serio") belum lagi pada dapat tempat yang kukuh di negara ini. Sebilangan kecil sahaja peminat- peminat muzik yang ada mempunyai minat terhadapnya dan di antara me- reka pula banyak yang tidak memahaminya dengan mendalam. Seni muzik jenis berat ini adalah seratus peratus seni yang dibawa masuk dari Eropah dan jika diteliti dari bentuk aslinya tidak langsung mempunyai sifat yang dapat disesuaikan dengan seni muzik asli di negara ini. Apabila penjajah-penjajah dari Eropah mula menapak di daerah ini, mereka telah membawa masuk dan mengenalkan seni muzik mereka. Se- lain daripada muzik yang bercorak sukaramai mereka juga membawa muzik klasik yang sangat mereka banggakan. Tetapi muzik klasik itu tidak dapat diterima oleh penduduk-penduduk tempatan oleh kerana ianya ganjil dan sukar difahami. Penduduk-penduduk tempatan mempunyai bentuk seni muzik asli mereka sendiri. Bentuk muzik klasik yang mementingkan harmoni dan irama dan mempunyai peraturan tertentu memang tidak dapat disamakan dengan bentuk muzik asli yang melebihkan unsur-unsur rentak atau beat dan tempo yang sama.
Pages: 208-214
Call Number: DS594.K6 1971 semkat
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.