Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777186
Title: Khazanah Kesultanan Melayu Selangor Perpustakaan Negara Malaysia
Authors: Effah Imtiaz Zainol
Conference Name: Bengkel Kajian Naskhah Kesultanan Melayu Selangor
Keywords: Kesultanan Selangor
Perpustakaan Negara Malaysia
Khazanah
Conference Date: 2012-06-19
Conference Location: Muzium Sultan Alam Shah, Selangor
Abstract: Sebagaimana kita maklum, Melaka telah jatuh ke tangan Portugis (Feringgi) pada tahun 1511 dan ini diikuti oleh perebutan kuasa yang telah berlaku selama sekurun lamanya antara Portugis di Melaka, Johor dan Aceh. Belanda mula bertapak di sini bila ia dapat menawan Melaka daripada Portugis pada tahun 1641. Ini diikuti pula timbulnya satu kuasa yang wujud satu setengah abad kemudiannya. Kuasa ini ialah kuasa orang-orang Bugis yang telah memulakan kerajaan Selangor. Orang-orang Bugis merupakan pelaut yang masyhur, ahli perdagangan yang berkaliber dan pejuang-pejuang yang berani. Francis Light mengakui dengan menyatakan orang-orang Bugis di Pulau Pinang "merupakan orang yang suka berperang, bebas dan angkuh". Orang Bugis ini berasal dari Makasar di Selatan Sulawesi. Mereka merupakan ancaman kepada keselamatan dan monopoli perdagangan orang-orang Belanda di Hindia Timur hinggakan pada tahun 1666-1667 orang-orang Belanda menyerang dan menghapuskan pekan Makasar. Ini mengakibatkan orang-orang Bugis terpaksa berpindah ke tempat lain dikepulauan Melayu. Hingga awal tahun 1681 ramai orang-orang Bugis yang bermastautin di Kuala Sungai Kelang dan Sungai Selangor.
Pages: 1-21
Call Number: DS598.S43.B446 2012 sem
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.