Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777185
Title: | Hikayat Negeri Johor sebagai sumber sejarah Selangor |
Authors: | Mardiana Nordin |
Conference Name: | Bengkel Kajian Naskhah Kesultanan Melayu Selangor |
Keywords: | Kesultanan Selangor Sejarah -- Selangor |
Conference Date: | 2012-06-19 |
Conference Location: | Muzium Sultan Alam Shah, Selangor |
Abstract: | Biarpun agak sukar untuk menemui naskhah-naskhah yang bersifat 'pensejarahan negeri Selangor' secara identitinya, namun tidak bermaksud sejarah Selangor tidak tercatat secara 'popular' di dalam naskhah pensejarahan negeri yang lain. Telah terbukti dalam pelbagai naskhah seperti Tuhfat al-Nafis, Silsilah Melayu dan Bugis, Misa Melayu, Sulalatus Salatin dan lain-lain naskhah seumpama dengannya yang memerihalkan sejarah Selangor dengan demikian meluas. Selain itu, diakui tetap wujud naskhah yang sangat bermanfaat dan berfokus dalam mengetengahkan sejarah negeri Selangor seperti Kenang-Kenangan Selangor.' Dalam pada itu, kebanyakan peneliti kurang sedar tentang kepentingan naskhah Hikayat Negeri Johor ketika menggali sumber sejarah negeri Selangor. Mungkin terlepas pandang atau juga mungkin kerana judulnya yang tidak menjurus kepada 'Selangor', pengkaji-pengkaji sering terlupa bahawa, Hikayat Negeri Johor sebenarnya sangat penting dalam pengkajian sejarah Selangor. |
Pages: | 1-26 |
Call Number: | DS598.S43.B446 2012 sem |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.