Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777172
Title: | Adat segala hamba orang lari di dalam Selangor berasaskan salinan manuskrip oleh Edouard Dulaurier, 1840 |
Authors: | Jelani Harun |
Conference Name: | Bengkel Kajian Naskhah Kesultanan Melayu Selangor |
Keywords: | Kesultanan Selangor Manuskrip Edouard Dulaurier Hamba |
Conference Date: | 2012-06-19 |
Conference Location: | Muzium Sultan Alam Shah, Selangor |
Abstract: | Manuskrip Adat Segala Hamba Orang Lari di Dalam Selangor kini tersimpan di Royal Asiatic Society, London (MS Raffles Malay 33 dan Raffles Malay 74). Manuskrip Raffles Malay 33 telah dibincangkan dan diterbitkan oleh Kempe & Winstedt dalam JMBRAS (25) pada tahun 1952 dengan judul "A Malay Legal Miscellany". Keseluruhan naskhah yang berkaitan dengan hamba di Negeri Selangor ("Selangor Slave Law") telah ditransliterasikan ke huruf Rumi. Menurut Kempe & Winstedt (1952: 1), naskhah Raffles Malay 33 telah disalin di Pulau Pinang pada 5 Februari 1906 oleh jurutulis Raffles yang bernama Ibrahim.¹ Hal ini menunjukkan manuskrip undang-undang hamba di Negeri Selangor pernah dibawa ke Pulau Pinang sekitar tahun 1906 tersebut. Manuskrip Raffles Malay 74 pula bersaiz 21 sm x 17 sm, berjilid dengan kertas berwarna coklat dan masih dalam keadaan yang baik. Tulisan menggunakan dakwat hitam, jelas dan mudah dibaca. Manuskrip tidak mempunyai halaman judul dan nama pengarang atau penyalinnya juga tiada dicatatkan. Isi kandungan keseluruhan manuskrip terdiri daripada fragmen Undang-Undang Laut Melaka, Undang-Undang Melaka, Pahang, Johor dan beberapa catatan tentang ilmu firasat Melayu. Bahagian Adat Segala Hamba Orang Lari di Dalam Selangor berada dalam halaman 158-165. |
Pages: | 1-20 |
Call Number: | DS598.S43.B446 2012 sem |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.