Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777155
Title: Adat dan budaya dalam "Kenang-Kenangan Selangor"
Authors: Zainal Abidin Borhan
Conference Name: Bengkel Kajian Naskhah Kesultanan Melayu Selangor
Keywords: Kesultanan Selangor
Wan Muhammad Amin Wan Muhammad Said
Conference Date: 2012-06-19
Conference Location: Muzium Sultan Alam Shah, Selangor
Abstract: Buku Kenang-Kenangan Selangor (KKS), diriwayatkan oleh Dato' Amar Diraja, Penghulu Istiadat Selangor Darul Ihsan, Wan Muhammad Amin Bin Wan Muhammad Said, telah mula ditulis oleh periwayat pada 11 Jamadil Awwal 1388H, bersamaan 1 Februari 1920M. KKS ini dicetak pada 1937. Buku cetakan rumi pula pada 1966 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. KKS dicetak sebagai Siri Perpustakaan Sekolah DBP Bilangan 57. KKS tulisan rumi disusun dan disunting oleh Abdul Samad Ahmad A.M.N. Tidak terdapat catatan yang khusus mengenai pengarang atau periwayat Dato' Amar Diraja, Penghulu Istiadat Wan Muhammad Amin bin Wan Muhammad Said. Namun di halaman satu beliau menulis bahawa sewaktu berhajat untuk mengusahakan buku ini, beliau telah berumur 73 tahun, ....otak pun sudah kekeringan dan tiada berapa basah lagi. Selanjutnya beliau sudah uzur, peringatan tenggelam timbul, pengetahuan tersangat kurang, bukan ahli dalam karang mengarang. Sumber penulisan beliau ialah dari buku peringatan (diari) yang telah ditulis semenjak beberapa waktu. Semasa Raja Sulaiman dimasyhurkan sebagai Raja Muda mengganti Raja Muda Musa yang mangkat pada 7 Julai 1884, Dato' Wan Muhammad Amin berkhidmat sebagai Jurutulis surat-surat Melayu kepada Residen British di Selangor, G.P.Rodger. Dato' Wan Muhammad Amin pada masa itu menjawat jawatan sebagai Jurutulis dan bermastautin di Kuala Lumpur dengan isteri dan dua orang anaknya. Bapa Dato' Wan Muhammad Amin iaitu Wan Muhammad Said, masa Perang Kelang merupakan seorang jurutulis menimbang timah untuk saudagar Melayu dan Cina di Kuala Lumpur yang dijual ke Melaka. Dari tulisan Wan Muhammad Amin digambarkan bahawa pekerjaan bapanya sebagai jurutulis timbangan bijih timah tidak bergaji. Cukai yang dikenakan sebanyak satu ringgit pada setiap sebahara (sebahara bersamaan dengan 10 kati atau 6 kilogram). Cukai satu ringgit ini untuk Dato' Bandar Yasih. Sebagai jurutulis timbangan dibayar cuma 15 sen sahaja.
Pages: 1-12
Call Number: DS598.S43.B446 2012 sem
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.