Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777151
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Halimah Hassan | - |
dc.date.accessioned | 2024-12-20T07:20:26Z | - |
dc.date.available | 2024-12-20T07:20:26Z | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777151 | - |
dc.description.abstract | Maka ada anak Bendahara Seri Wak Raja tiga orang, yang tua sekali perempuan Tun Kudu namanya; terlalu baik parasnya, maka diperisteri oleh Sultan Muzaffar Syah. Adapun yang dua orang itu lelaki, yang tengah bernama Tun Perak, yang bongsu bernama Tun Perpatih Putih. Adapun Tun Perak tiada kena kerja raja, ia pergi duduk di Kelang, beristeri di sana. Hatta beberapa lamanya, maka orang Kelang pun menolak penghulunya, maka sekaliannya mengadap ke Melaka, hendak memohonkan penghulu yang lain. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, "Siapa pula kamu hendaki akan jadi penghulu kamu itu?" Maka sembah orang Kelang, "Tuanku, jika ada ampuni Duli Yang Maha Mulia, Tun Peraklah patik sekalian pohonkan akan jadi penghulu patik sekelian.” Maka titah baginda, "Baiklah." Maka Tun Peraklah menjadi penghulu orang Kelang itu. (A. Samad Ahmad, 1996: 87-88) Berdasarkan petikan daripada Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu, (1996:87-88), dapat dijelaskan bahawa Kelang pada waktu itu (zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah Melaka yang memerintah antara 1445-1456M) diuruskan oleh penghulunya yang dilantik oleh Raja Melaka. Tidak pula disebut siapa penghulu Klang yang ditolak oleh masyarakat di Kelang tersebut. Secara geografi, jajahan Kelang pada zaman dahulu disempadani oleh Bukit Boyan dengan Kuala Selangor. Dengan Pahang pula ialah Gunung Genting Bidai, dengan Sungai Ujung ialah Bukit sudu, Bukit dan Sungai Sepang. Daripada segi politiknya, Kelang telah mempunyai ketua/ penghulu selewat-lewat pada abad ke-15. Tetapi berdasarkan Cap Mohar kepunyaan Dato' Ungku Kelang (Gambar 2), Dato' Ungku Kelang telah wujud sejak 1112 H atau 1700 M. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.subject | Kesultanan Selangor | en_US |
dc.subject | Ungku Kelang | en_US |
dc.subject | Salasilah | en_US |
dc.title | Salahsilah Dato' Ungku Kelang | en_US |
dc.type | Seminar Papers | en_US |
dc.format.pages | 1-13 | en_US |
dc.identifier.callno | DS598.S43.B446 2012 sem | en_US |
dc.contributor.conferencename | Bengkel Kajian Naskhah Kesultanan Melayu Selangor | - |
dc.coverage.conferencelocation | Muzium Sultan Alam Shah, Selangor | - |
dc.date.conferencedate | 2012-06-19 | - |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.