Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777144
Title: Riwayat Tengku Musauddin - hubungan dua teks hikayat dan sejarah
Authors: Harun Mat Piah
Conference Name: Bengkel Kajian Naskhah Kesultanan Melayu Selangor
Keywords: Tengu Musauddin
Manuskrip
Tokoh
Fardu haji
Kesultanan Selangor
Conference Date: 2012-06-19
Conference Location: Muzium Sultan Alam Shah, Selangor
Abstract: Makalah ini bertujuan membincangkan sebuah teks atau manuskrip yang diberi judul "Riwayat Tengku Musa al-Din (Tengku Musauddin)** dan Rombongannya Menunaikan Fardu Haji", sebuah teks bertulisan tangan Jawi, dikatakan tertulis oleh pengarangnya sendiri, Tengku Musauddin Bin Sultan Alauddin Sulaiman Syah (Sultan Selangor ke lima. memerintah dari tahun 1898 hingga tahun 1938). Tengku Musauddin pernah dilantik sebagai Sultan Selangor ke tujuh memerintah dari tahun 1942 -1945, dengan gelar Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Syah iaitu semasa pemerintahan Jepun (1942-1945). Sebelum itu, adindanya, Tengku Hisamuddin menjadi Sultan (1938-1942) menggantikan ayahanda mereka Sultan Alauddin, tetapi baginda dilucutkan jawatannya oleh Pemerintah Jepun dan menggantikannya dengan Tengku Musauddin. Pelantikannya sebagai Sultan itu telah menimbulkan pelbagai kontroversi yang melibatkan pelbagai pihak, pemerintah Inggeris (sebelum Perang Dunia II), pemerintah Jepun dan Pemerintah Inggeris (selepas Perang) di samping permasalahan dalam sistem pelantikan kesultanan dan adat lembaga Selangor itu sendiri. Akibat daripada kontroversi itu baginda dilucutkan dari kedudukan sebagai Sultan oleh pemerintah Inggeris (Pentadbiran Tentera British, selepas Perang Dunia ke 2), ditangkap dan dibuang negeri ke Pulau Kokos, dalam Lautan Hindi, jauh ke selatan dari Tanah Jawa.
Pages: 1-28
Call Number: DS598.S43.B446 2012 sem
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.