Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776746
Title: Kebudayaan kebangsaan dan Islam di Malaysia
Authors: Abdul Rahman al-Ahmadi
Conference Name: Pertemuan Dunia Melayu
Keywords: Kebudayaan kebangsaan
Islam
Malaysia
Conference Date: 1982-12-18
Conference Location: Melaka
Abstract: Berbicara mengenai "Kebudayaan Kebangsaan dan Islam di Malaysia", saya ingin melihat persoalan ini dari dua aspek:- Pertama, aspek kenegaraan, Kedua, aspek corak kebudayaan di Malaysia. Aspek pertama kenegaraan, dipandang dari sudut kenegaraan, Malaysia adalah sebuah negara dan sebagai sebuah negara ia memiliki perlembagaan yang didalamnya termuat pokok-pokok kaedah negara 'state fundamental Norm' yang memuat asas-asas pokok negara, antaranya tentang bentuk negara, persekutuan, tentang corak pemerintahan yang bersifat monarchi konstitional, tentang kedudukan agama, Islam sebagai agama persekutuan, tentang badan-badan pemerintahan, badan eksekutif, ligislatif dan judikatif, tentang hak-hak kebebasan atau hak asasi manusia, tentang kerakyatan, status negeri, kewangan, kehakiman. perkhidmatan awam dan tentang hal-hal am termasuk di dalamnya tentang bahasa kebangsaan dan lain-lain yang semuanya itu adalah simbol-simbol yang mencirikan keperibadian negara Malaysia yang berbeda dari negara lain di dunia. Sebagai sebuah negara, Malaysia mempunyai pengertian pula sebagai satu nasion (bangsa) dalam komuniti dunia. Dalam bangsa baharu ini yang terbentuk dari hasil permuafakatan dari berbagai golongan masyarakat yang ada di negari ini sebelum merdeka, maka lahirlah satu bangsa yang dinamakan Malaysia. Dalam bangsa Malaysia ini terdapat bermacam-macam kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain yang masing-masing memiliki berbagai rupa budaya, agama dan adat istiadat.
Pages: 1-14
Call Number: DS594.P4767 1982 sem
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.