Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/776744
Title: | Melaka sebagai lambang keagungan Bangsa Melayu |
Authors: | Shafie Abu Bakar |
Conference Name: | Pertemuan Dunia Melayu |
Keywords: | Sejarah Melaka Melayu |
Conference Date: | 1982-12-18 |
Conference Location: | Melaka |
Abstract: | Kewujudan sesuatu bangsa berlaku di dalam bahagian ruang alam dan orakan zamannya. Sejarahnya adalah perjalanan pengalaman kolektif bangsa tersebut yang membuahkan budayanya. Episod-episod gemilang yang ditempuhi oleh sesuatu bangsa yang mencerminkan nilai ketamadunan dan peradabannya adalah menjadi kebanggaan generasinya dan aspirasi masa depannya. Dengan kegemilangan yang pernah dicapainya meskipun wujud kegagalan-kegagalan masa lampaunya juga mempertajamkan presepsi masa depannya. Secara psikologi keagungan silam yang dibanggakan oleh generasi menyemaikan rasa keyakinan dan tidak akan merasa hina diri untuk disejajarkan dengan keagungan-keagungan yang pernah dicapai oleh bangsa- bangsa lain. Bagi kita bangsa Melayu dan sebenarnya juga selaku bangsa Malaysia di dalam mencari akar tradisi yang menjadi lambang keagungan dan kemegahan bangsa Melayu di dalam rantaian pengalaman bangsa dan sejarahnya, yang mana satukah pengalaman sejarah yang memberi semacam rasa 'prestige' dan mendapat penghormatan luar bagi bangsa Melayu? Di dalam perjalanan sejarah asal usul bangsa Melayu ia telah melalui beberapa titik sejarah penting seperti Sriwijaya, Kalingga, Kediri, Singasari dan Majapahit yang lahir sebelum Islam seterusnya Pasai, Melaka, Aceh, Giri, Demak dan Banten dan sebagainya yang kesemuanya lahir selepas Islam. Bagi bangsa Melayu khususnya di Malaysia, sentimen dan rasa kebanggaan terhadap rentetan persejarahan di atas adalah lebih kepada Melaka. Rasa kebanggaan ini bukan sahaja Melaka lebih dekat dari sisi geografis dan berada di dalam satu wilayah politik, tetapi juga mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang menjadikannya sebagai lambang keagungan bangsa Melayu. |
Pages: | 1-19 |
Call Number: | DS594.P4767 1982 sem |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.